SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Tuesday 19 February 2013

i-Think DAPAT MEMUPUK KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI


SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Hang Kasturi menganjurkan bengkel i-Think untuk membantu guru-guru memupuk kemahiran berfikir aras tinggi, menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan pelajar sekolah.
Pengetuanya, Ismail Sulaiman berkata, i-Think merupakan pendekatan yang realistik serta praktikal memupuk proses pemikiran dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
"Program ini melahirkan pencipta dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa depan," katanya ketika merasmikan bengkel tersebut di sekolah itu di Melaka baru-baru ini.
Sekolah itu merupakan satu daripada 1,000 sekolah yang mula mengikuti program i-Think bagi sesi 2013 sebelum diperluas kesemua sekolah menjelang 2014.
Program ini dapat menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi untuk meningkatkan keupayaan serta kebolehan sedia ada pada pelajar di samping membantu mereka memahami sesuatu konsep dan mengaplikasi dalam menyelesaikan permasalahan.




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130218/pe_03/i-Think-pupuk-kemahiran-berfikir-aras-tinggi#ixzz2LLmnJ426 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

0 comments:

Post a Comment