SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Friday 15 February 2013

PROGRAM MOTIVASI CALON UPSR 2013

    15 Februari 2013 sekitar pukul 3.00 petang, telah diadakan "Program Motivasi Pelajar Tahun 6 Bersama Waris" di SK Parit Haji Taib. Majlis telah diadakan di Makmal Komputer SKPHT, dan telah dipengerusikan oleh Tn Hj Mohd Nasir B. Hj Samsuri. Pada program motivasi kali ini, pihak sekolah telah menjemput En Mohd Zaid b. Abu Othman atau lebih mesra dipanggil "paksu" sebagai penceramah undangan bagi menjayakan program motivasi  ini. Jemputan ini merupakan kali ke-3 "paksu" ke SKPHT sebagai penceramah motivasi. Pak Su @ En Mohd Zaid merupakan salah seorang guru di SMK Sayong Kuala Kangsar. Beliau juga merupakan "Guru Cemerlang Kaunseling".
    Alhamdulillah, program berjalan dengan lancar seperti yang dirancang, murid-murid telah memberikan tumpuan sepenuhnya mendengar ceramah/ motivasi yang disampaikan. Di akhir program semua murid telah menitiskan air mata tanda terkesan dengan isi ceramah yang disampaikan oleh "paksu", diharap air mata yang menitis ini adalah air mata keinsafan dan kesedaran murid-murid. Bagi guru-guru di SKPHT amat berharap agar kesedaran selepas mengikuti ceramah motivasi ini berpanjangan tidak sekerat jalan atau "hangat-hangat tahi ayam" semoga murid- murid akan menjadi menjadi lebih gigih dan rajin bagi mencapai kejayaan dalam peperiksaan yang akan datang.

Di sini turut dimuat turun sebahagian atau sedutan dari ceramah yang disampaikan (video)

0 comments:

Post a Comment