SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Sunday 21 April 2013

PELANCARAN PROGRAM ANTI DADAH

22 APRIL 2013 telah diadakan "Pelancaran Program Anti Dadah 2013 Peringkat Sekolah". Pelbagai aktiviti bakal diadakan sepanjang tempoh pelancaran. Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti tayangan video, progran 5 minit anti dadah, senamrobik, pertandingan melukis poster dan mewarna, konvoi berbasikal, program sifar dadah ceramah pencegahan dadah dan lain-lain lagi. Majlis/ pelancaran telah dirasmikan oleh PK Pentadbiran En. Jamaluddin B. Yusof  yang mewakili  guru besar. Manakala bacaan Perutusan Hari Anti Dadah Kebangsaan 2013 telah disempurnakan oleh PK Hem En Mohamad Kamal Hj Sabri. Majlis diakhiri denmgan nyanyian lagu "Dadah Durjana"

Sunday 7 April 2013

PENCAPAIAN SEMASA TAHUN 2013 MURID SK PARIT HAJI TAIB


1.    JOHAN
       BERCERITA PEREMPUAN MTQ ZON BAGAN SERAI

2.  JOHAN   
     KEJOHANAN BADMINTON KELOMPOK 3 (PEREMPUAN)

3.  N.JOHAN
     KEJOHANAN BADMINTON KELOMPOK 3 (PEREMPUAN)

4.  TEMPAT KE-3
     KEJOHANAN BADMINTON KELOMPOK 3 (LELAKI)

5.  KELAYAKAN   
     PERTANDINGAN TULISAN KHAT ZON BAGAN SERAI (PEREMPUAN)

6.  N.JOHAN  
     KEJOHANAN MSSD DAERAH KERIAN ACARA LONTAR PELURU LELAKI (BAWAH 10 TAHUN)

7.  N.JOHAN  
     KEJOHANAN SEPAK TAKRAW KELOMPOK 3 SEKOLAH RENDAH BAGAN SERAI

8.  JOHAN 
     KEJOHANAN BOLA TAMPAR SEKOLAH RENDAH DAERAH KERIAN (PEREMPUAN)

9.  PENYERTAAN 
     PERTANDINGAN BERCERITA KISAH AL-QURAN (MTQ) PERINGKAT DAERAH KERIAN

10. PENYERTAAN 
     PERTANDINGAN TULISAN KHAT (MTQ) PERINGKAT DAERAH KERIAN


Saturday 6 April 2013

SEPAK TAKRAW DAN BOLA TAMPAR 20l3


     Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana pada minggu ini telah dikurniakan olehNya dua kemenangan dan kejayaan murid-murid SK Parit Haji Taib dalam perlawanan Sepak Takraw Peringkat Kelompok dan Bola Tampar Peringkat Daerah. Pada hari Khamis yang lepas telah diadakan Kejohanan Sepak Takraw bagi sekolah-sekolah Kelompok 3. SKPHT atau lebih dikenali dengan SEPARIT @Sk Parit Taji Taib telah mendapat tempat N. Johan. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh En Jamaluddin B. Yusof selaku PK Pentadbiran yang menggantikan tuan guru besar.

      Selain itu, turut diadakan Kejohanan Bola Tampar peringkat Daerah yang telah diadakan di SJKC Tong Wah Bagan Serai pada hari Sabtu 6 April 20l3. Satu lembaran sejarah baru telah tercipta apabila penyertaan kali pertama pertadingan Bola Tampar oleh SEPARIT pada tahun ini, dan telah mendapat JOHAN Daerah bagi kategori perempuan. Manakala bagi kategori lelaki SEPARIT terpaksa akur apabila tewas kepada SK Jalan Matang Buluh, walaupun pada masa yang sama team SEPARIT mempersembahkan permainan yang cukup berkualiti. Namun rezeki tidak menyebelahi. 'Alla kulli hal, tahniah diucapakan En. Khairul Kamal selaku pengurus menrangkap  jurulatih team Bola Tampar SEPARIT dan jurulatih lain seperti En Farizal, En Helmey dan semua guru yang terlibat mencipta sejarah baru di SKPHT.

 Untuk melihat lain-lain gambar sila KLIK di Sini

Wednesday 3 April 2013

CARA MENJAGA LAPTOP

Penggunaan komputer riba atau laptop sudah menjadi trend pada masa kini,majaroti rakyat di negara ini mempunyai laptop atau komputer riba sendiri.Oleh itu penjagaan laptop amat penting untuk memanjangkan jangka hayat laptop tersebut agar tahan selama mana yang mungkin.Di bawah ni terdapat beberapa tips penjagaan laptop untuk di jadikan panduan. 


BATERI
Elakkan daripada penggunaan bateri.
Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter. Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula. Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.


PAPAN KEKUNCI
Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk. Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak. Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.


SKRIN LCD
Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
Gunakan screen saver. Power management setkan pada ¡®Turn Off monitor in ¡* minutes¡¯. Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.



HABA PANAS
Pastikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas. Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.


SURGE PROTECTOR
Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.

Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.


PORT
Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
Gunakan berus atau berus gigi lama.
Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan