SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Wednesday 15 May 2013

SELAMAT HARI GURU 20l3


HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

PROGRAM PENINGKATAN MATEMATIK NEAR MISS CEMERLANG UPSR

Pada 27 April 20l3 telah diadakan Program Peningkatan Matematik Near Miss Cemerlang UPSR peringkat Kelompok 3, sekolah rendah Daerah Bagan Serai. Sk Parit Haji Taib telah dipilih untuk menjadi tujuan rumah bagi menjayakan program tersebut. Difahamkan pada hari yang sama turut diadakan Program Peningkatan Sains Near Miss di Sk Sungai Bogak. Program telah berjalan dengan lancar. Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En Jamaluddin Bin Yusof yang mewakili pihak guru besar.