SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Wednesday 5 June 2013

GOTONG-ROYONG PERDANA PERINGKAT SK PARIT HAJI TAIB


Assalamualaikum, kepada semua warga SKPHT serta masyarakat setempat dan mereka yang pernah ada kaitan dengan SKPHT dengan ini dimaklumkan bahawa pada 15 JUN 2013 hari Sabtu akan diadakan "gotong-royong" Perdana peringkat SKPHT. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dialu-alukan bagi menyertai kerja amal bagi menceriakan dan mencantikkan sekolah ini. Antara sasaran pada gotong-royong kali ini ialah, membaik pulih pagar, mengecat semua tiang-tiang tempat kenderaan guru/murid dan membersihkan dan mengecat surau. Tuan/puan boleh membawa peralatan yang berkenaan bagi melancarkan gotong-royong ini. Jamuan juga turut disediakan di mana kaum ibu siap sedia untuk masak dan menyediakan makanan. Diharap aktiviti ini dapat berjalan seperti yang dilancar. Terima Kasih diucapkan kepada YDP PIBG sesi 2013-2014     En. Abd Razak Bin Ishak selaku penganjur aktiviti. 

0 comments:

Post a Comment