SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Monday 17 June 2013

LATIHAN RUMAH SUKAN BAGI KEJOHANAN OLAHRAGA SKPHT 2013

17Jun 2013, bagi menghadapi kejohanan sukan olahraga peringkat SK Parit Haji Taib, kini murid-murid sudah giat menjalani latihan. Latihan awal perlu bagi membuat persediaan awal untuk melakukan pemilihan. Latihan rumah sukan di sekolah ini sebenarnya sudah bermula pada minggu lepas lagi. Jadual telah disusun oleh setiausaha kejohanan sukan dan olahraga iaitu En. Khairul Kamal B. Abd Rahman. Rumah Merah dan Kuning dijadualkan melakukan latihan pada hari yang sama iaitu petang Isnin dan Khamis, manakala rumah Hijau dan Biru pula pada hari Selasa dan Jumaat. Kejohanan kali ini inshaallah bakal diadakan pada 27 Jun 2013 bersamaan hari Khamis. Masyarakat setempat dijemput bagi memeriahkan lagi aktiviti.


0 comments:

Post a Comment