SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Friday 26 July 2013

AMALAN SEPULUH MALAM TERAKHIR RAMADAN


Hadith:
Daripada Aisyah r.a. katanya: Rasulullah SAW memperbanyakkan amalan apabila sampai hari yang kesepuluh terakhir daripada bulan Ramadhan, baginda juga membangunkan isterinya agar beribadat (sembahyang sunat, membaca al-Quran, berzikir dan lainnya) Baginda juga menjauhkan diri daripada bergaul serta bermesra dengan isterinya. Riwayat: al-Bukhari dan Muslim

Huraian Hadith:

1. Islam menuntut umatnya yang berpuasa agar berusaha untuk menambahkan amal ibadat mereka apabila masuk hari yang kedua puluh satu Ramadhan sehingga akhir, kerana di malam-malam tersebut akan berlaku Lailatul Qadar.

2. Oleh itu adalah sangat digalakkan untuk kita memperbanyakkan amal ibadat beriktikaf di dalam masjid melakukan sembahyang-sembahyang sunat seperti sunat taubat, sunat tahajjud, sunat tasbih, sunat hajat dan sebagainya selain daripada sunat tarawikh, membaca al-Quran dan berzikir.

3. Bagi para suami, inilah saatnya merebut peluang beribadah bersama keluarga dengan mengajak isteri mereka bangun beribadat bersama-sama. Mudah-mudahan rumahtangga yang dibina sentisa aman dan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Thursday 25 July 2013

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN PENUTUPAN IHYA RAMADAN I434H

Begitu cepat masa berlalu, kini kita telah menempuh separuh dari bulan penuh keberkatan (Ramadan). Ini bermakna kita telah berada di minggu ke-3 dalam bulan Ramadan. Mudah-mudahan baki Ramadan yang masih ada ini kita manfaatkanya dengan melipatgandakan lagi amal. Mungkin di kalangan kita sudah ada yang khatam lebih dari sekali di bulan ini, alhamdulillah... Inshaallah di peringkat SK Parit Haji Taib akan diadakan Majlis Khatam Al-Quran Dan Penutupan Ihya Ramadan pada minggu hadapan hari Jumaat bersamaan 23 Ramadan. Semoga majlis yang dirancang berjalan dengan lancar. Amin YaraBB...

PERISTIWA NUZUL AL-QURAN



Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana sehinggalah terkumpulnya 6,666 ayat dalam  kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah Al-‘Alaq:1-5)
Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.