SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Friday 30 August 2013

MAJLIS SAMBUTAN MESRA RIA AIDILFITRI PERINGKAT SK PARIT HAJI TAIB

Alhamdulillah pada 29hb Ogos telah berjaya diadakan Majlis Sambutan Aidilfitri peringkat SK Parit Haji Taib. Majlis telah dianjurkan Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling & RIMUP bersama Panitia Pendidikan Islam. Turut diundang bagi memeriahkan majlis ialah ahli jawatankuasa PIBG dan jawatankuasa SARANA. Pelbagai jenis hidangan telah disediakan, majlis berakhir dengan jayanya.

Sunday 25 August 2013

PERHIMPUNAN MINGGUAN KALI KE-31

26 Ogas 2013 seperti biasa telah diadakan perhimpunan mingguan sekolah. Minggu ini merupakan giliran En. Khairul Kamal B. Abd Rahman sebagai guru bertugas mingguan. Beliau telah menyampaikan ucapan dengan tema "Kemerdekaan" . Selain mengulas perkara berkaitan dengan sejarah kemerdekaan, beliau juga turut menerangkan program serta aktiviti yang akan diadakan sepanjang bulan kemerdekaan yang akan berakhir pada September 2013.