SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Wednesday 30 January 2013

PERTANDINGAN TULISAN KHAT & MEWARNA

Hari ini telah diadakan pertandingan khat bagi murid Tahun 4,5 dan 6 serta pertandingan mewarna bagi murid tahun l, 2 dan 3. Pertandingan diadakan sempena sambutan "Maulidur Rasul. Dalam pertandingan menulis khat, objektif utama adalah untuk melahirkan murid yang berbakat dalam seni tulisan khat. Di samping menanamkan rasa kecintaan murid dalam seni tulisan jawi. Manakala bagi murid tahap satu objektifnya adalah melahirkan rasa cinta dan kasih kepada Rasulullah. Begitu juga hakikatnya bagi murid tahap dua, bukan hanya sekadar mengenalpasti kemahiran murid. Bahkan lebih dari itu. Seperti Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
Untuk melihat gambar sepanjang program klik di bawah ini.
KHAT & MEWARNA @ SK PARIT HAJI TAIB

Sunday 27 January 2013

FORUM MAULIDUR RASUL @ SK PARIT HAJI TAIB


FORUM MAULIDUR RASUL SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 
AKAN DIADAKAN DI SK PARIT HAJI TAIB

AHLI PANEL TERDIRI DARIPADA :

AL-FADHIL USTAZ MOHD FARID BIN HAMZAH
USTAZAH NUR ALWANI BT ZULKIFLI
EN AHMAD SUFI HJ ISAHAK

MODERATOR :
PN HJH NOR HASHIMAH HJ AINI 

Friday 25 January 2013

TAKWIM 20I3 SK PARIT HAJI TAIB

Takwim berikut adalah untuk warga SK Parit Haji Taib sahaja. ;-)

KEJOHANAN MERENTAS DESA 20l3

Alhamdulillah, walaupun hujan turun seawal subuh, akhir berhenti juga di pagi hari selepas program bacaan surah Yasin. Hari ini 25 Januari 20l3 telah diadakan acara merentas desa peringkat sekolah di SK Parit Haji Taib. Acara yang dijangkakan tidak dapat diadakan disebabkan hujan, akhirnya berjalan dengan lancar selepas berhentinya hujan. Acara dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Merentas Desa C, B dan A. Kategori C melibatkan murid yang terdiri dari Tahun Satu dan Dua. Kategori B pula melibatkan murid Tahun Tiga dan Empat dan seterusnya kategori A bagi murid Tahun Lima dan Enam. Berikut adalah anatara gambar-gambar sepanjang aktiviti merentas desa @ SK Parit haji Taib 20l3
Untuk melihat gambar-gambar lain sepanjang aktiviti sila ke SKPHTPSS

CUEPACS AKAN SERAH CADANGAN KENAIKAN GAJI


                                                    

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan menyerahkan cadangan kepada kerajaan berhubung pemberian kenaikan gaji penjawat awam yang telah mencapai tangga gaji maksimum bagi memastikan ketelusannya.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, disebabkan kenaikan itu melibatkan semua peringkat, keadilan diperlukan khususnya dalam merungkai persoalan pihak mana yang layak mendapat kenaikan tinggi atau sebaliknya."Dijangkakan kenaikan gaji antara dua hingga lima peratus tetapi jangan pula nanti pegawai atasan sahaja dapat lima peratus sedangkan pekerja bawahan hanya dua peratus. Kalau sudah berkhidmat 10 tahun, berilah lima peratus.

"Ahli Majlis Kongres CUEPACS akan membincangkan mekanisme bagi menentukan kriteria dalam menentukan jumlah kenaikan gaji pada 29 hingga 31 Januari ini dan cadangan hasil perbincangan itu bakal diserahkan kepada kerajaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber :Utusan Malaysia 24 Januari 20l3

Thursday 24 January 2013

JADUAL GURU BERTUGAS MINGGUAN 2013


WEEK
TARIKH
GURU BERTUGAS
TEMA
01
02.01.13 - 04.01.13
EN. MUSTAFA KAMAL B. AHMAD
Mematuhi peraturan / undang-undang sekolah
02
07.01.13 - 11.01.13
PN. ROHANI BT. MOHD. NOOPIAH
Usaha Kunci Kejayaan
03
14.01.13 - 18.01.13
PN. NORIZAN BT ARSHAD
Masa itu Emas
04
21.01.13 - 25.01.13
UST. AHMAD SUPI B. ISAHAK *
Menghayati perjuangan Rasullullah
05
28.01.13 - 01.02.13
USZ. NOOR HASIMAH BT. HJ. AINI
Jujur dan Ikhlas
06
04.02.13 - 08.02.13
PN. HJH. ASMAH BT. LUKMAN
Hormati Budaya & kepercayaan orang lain
07
11.02.13 - 15.02.13
TN.HJ. MOHD. NASIR B. HJ SAMSURI*
Nilai murni dalam konsep 1 Malaysia
08
18.02.13 - 22.02.13
EN. SHAHRIM B. SHUIB
Patuhi peraturan  Jalan Raya
09
25.02.13 - 01.03.13
EN. HELMEY B. AWANG
Sikap Sederhana
10
04.03.13 - 08.03.13
EN. KHAIRUDIN B. IBRAHIM
Insan cemerlang
11
11.03.13 - 15.03.13
PN. NORA BT. MOHAMAD ARSHAD
Membaca Jambatan Ilmu
12
18.03.13 - 22.03.13
PN. NOR HIDA BT. MD SAAD
Sayangi sesama insan / makhluk tuhan

Tuesday 15 January 2013

LAGU SEKOLAH



LAGU SEKOLAH

Di kelilingi sawah padi
Dan permatang sejauh memandang
Sekolah Parit Haji Taib
Pelajar tekun sekolah terbilang
Dengan usaha azam dan doa
Bersatu hati bersatu janiji
Impian murni moga terbukti
Pelajar gigih dan berani
Penerapan nilai-nilai murni
Semangat waja dan kerjasama
Ikhlas taat serta menghormati
Sekolahku-sekolahku yang tercinta
Ganding bahu bergerak maju
Demi agama, bangsa negara
Hanya padamu curah tenaga
Ke arah mencapai cita-cita

Monday 14 January 2013

KINI KEMBALI DENGAN WAJAH BAHARU

  Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, bersyukur admin kehadrat Allah SWT kerana telah diberikan kekuatan dan kelapangan masa untuk menghidupkan kembali laman sesawang SK Parit Haji Taib. Walaupun dihimpit kesibukan masa, admin akan cuba sedaya upaya menyalurkan informasi, aktiviti dan apa sahaja yang dianggap bermanfaat untuk disampaikan kepada para pengunjung. Hampir setahun laman web rasmi Sk Parit Haji Taib tidak diselenggarakan dan dikemaskini berikutan admin asal Tn Hj Khairuddin B. Ramli telah berpindah ke sekolah lain. Namun SK Parit Haji Taib masih mempunyai dua orang lagi blogger yang tidak asing lagi dalam dunia blog pendidikan. Lihat sahaja pencarian  Blog j-QAF Sk Parit Haji Taib dan Blog PSS SKPHT begitu popular di mesin carian Google, Bing, Yahoo dan sebagainya. 


     
   Dua blog yang dimaksudkan adalah blog alternatif bagi menggantikan blog rasmi sekolah. Kini tiba masanya blog rasmi SKPHT diwujudkan kembali dan semoga mendapat sokongan dan dukungan warga SKPHT khasnya dan para pengunjung amnya. Portal Rasmi SK Parit Haji Taib boleh diexplore melalui url address http://skphtbaganserai.blogspot.com.

Saturday 12 January 2013

SEJARAH SEKOLAH


Sekolah ini di kenal dengan nama Sekolah Kebangsaan Parit Haji Taib.  Ianya terletak di kampung Parit Haji Taib 34300 Bagan Serai, Perak.
Sebelum tahun 1955, belum ada lagi sekolah di Kampung Parit haji Taib.Pada masa itu kanak-kanak di kampung ini mendapat pendidikan di sekolah-sekolah berdekatan yang purata jauhnya lima kilometer dari kampung ini. Mereka terpaksa bersekolah di Bagan Serai, Alor Pongsu dan Teluk Medan.

            Oleh kerana kesukaran perhubungan, ramai kanak-kanak di kampung ini tidak bersekolah. Memandangkan kesedaran ini, maka pada tahun 1954 penduduk kampung ini telah melantik Tuan Haji Masjuni Bin  Haji Ahmad sebagai wakil mereka bagi menemui pihak RIDA untuk memohon agar didirikan sebuah sekolah di kampung Parit Haji Taib. Usaha tersebut telah gagal kerana pihak Rida tidak berkemampuan untuk mendirikan sekolah di kampung ini.

            Pada tahun 1955,penduduk kampung ini sekali lagi menghantar seorang wakil iaitu Tuan Haji tariff Bin Epot untuk menemui Tuan Pengelola Sekolah-Sekolah Perak Utara di Taiping bagi tujuan yang sama iaitu memohon bangunan sekolah tetapi ianya juga menemui kegagalan. Dengan azam yang kuat, penduduk kampung ini telah mengambil keputusan untuk membangunkan sebuah sekolah rakyat tanpa bantuan pihak kerajaan pada masa itu. Akhirnya sebuah bangunan sekolah berbumbungkan atap rumbia berjaya didirikan. Lebih kurang 100 orang murid telah diajar dan dibimbing oleh 3 orang tenaga pelajar dari kalangan anak tempatan iaitu Tuan Haji tariff Bin Epot, Encik saidin Bin Osman dan Haji Mustafa Bin Haji  Azhari.
     
            Bilangan murid yang belajar di sekolah pada masa itu telah bertamba dan meningkat dari tahun ke tahun. Dengan kemajuan yang ditunjukkan, pada tahun 1961, pihak kerajaan  telah bersetuju mendirikan bangunan sekolah di kampung ini. Pihak kerajaan telah membeli tanah tapak sekolah rakyat hakmilik Tuan Haji Tarif. Dua blok bangunan sekolah yang terdiri daripada bagunan kayu dan  dan berdinding simen. Ianya memuat enam bilik darjah serta sebuah rumah guru juga didirikan. Pada awal bulan Januari 1962 atas keputusan Jawantankuasa Sekolah yang diketuai oleh tuan Haji Tarif Bin Epot dengan persetujuanPengelola Sekolah-sekolah Perak Utara, maka sekolah tersebut dirasmikan atas nama SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT HAJI TAIB. Guru Besar pertama yang berkhidmat di sekolah ini iaitu En Manaf Bin Mahat dan enam orang tenaga pengajar Jumlah murid pada waktu itu ialah 130 orang. Kelas yang dibuka hanya setakat tahun lima sahaja. Murid-murid yang hendak melanjutkan pelajaran ke tahun enam, terpaksalah menyambung pelajaran ke sekolah lain yang berhampiran seperti di Sek Keb. Bagan Serai, Sek Keb. Alor Pongsu dan Sek. Keb Teluk Medan. Setelah tahun 1978 barulah kelas untuk tahun enam diadakan. Pada masa itu pentadbiran kewangan telah diuruskan oleh Sek. Keb. Bagan Serai.
     
            Pada tahun 1963 Tuan Haji Shafiei Bin Osman telah menggantikan En. Manaf Bin Mahat sebagai Guru Besar di sekolah ini. Pada tahun 1979 hingga 1981 jumlah murid di sekolah ini telah meningkat sehingga ke tahap 220 orang murid. Oleh kerana bilangan murid yang semakin meningkat, kerajaan telah mendirikan bangunan baru dua tingkat pada tahun 1982. Bangunan baru itu mengandungi enam buah bilik darjah, satu ruangan  perpustakaan, bilik radio/tv, bilik guru, pejabat, bilik guru besar, dua buah tandas murid, dua buah tandas guru/kakitangan dan sebuah kantin. Di samping itu, sebuah padan juga turut diadakan. Hasil kemudahan yang diwujudkan menjadikan sekolah ini bertambah maju lagi.Bangunan baru ini mula digunakan pada awal tahun1984. Walau bagaimanapun, bangunan lama tidak dirobohkan dan ia digunakan sebagai bilik seni lukis, kelas pemulihan, kelas agama, surau dan tadika.
            Pada tahun 1985,  jumlah murid sekolah ini telah merosot. Kemerosotan ini adalah disebabkan perpindahan penduduk kampung ke Tanah Rancangan Persekutuan (FELDA). Sehingga tahun 1994, bilangan murid sekolah ini berjumlah 163 orang.
Dari sudut kejayaan, sekolah ini telah pernah menjadi johan keputusan Penilaian Darjah Lima Terbaik bagi kumpulan Bagan Serai selama tiga kali berturut-turut  dan dapat mengekalkan piala pusingan. Sekitar tahun 1992 dan tahun1994 sekolah ini telah mencapai peratusan terbaik bagi seluruh Daerah Kerian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Penulisan) UPSR. Di bidang kokurikulum pula, salah seorang murid sekolah ini telah berjaya mewakili Daerah Kerian bagi acara olahraga (200m) lelaki A di Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Perak.
            Guru besar Sek. Keb Parit Haji Taib  telah bertukar ganti lebih sepuluh kali. Dalam tempoh yang panjang dan lama itu sebenarnya terdapat banyak kenangan suka duka dan lain dalam menguruskan sekolah. Guru Besar yang mentadbir sekolah ini pada hari ini  ialah  En Abu Bakar Bin Saad.

BAHAN KSSR l MALAYSIA




KSSR Bahan Sokongan >> (NEW)
Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran KSSR>>

BAHAN j-QAF DAN PENDIDIKAN ISLAM


























Sumber diperoleh : http://jqafskpht08.blogspot.com

BANK SOALAN SAINS