SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Sunday 1 September 2013

UCAPAN GURU BERTUGAS MINGGU 32 & MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KELAHIRAN MURID SEMPENA PROGRAM GURU PENYANYANG

2 September 2013, merupakan minggu ke-32 persekolahan sesi 2013. Guru bertugas pada minggu ini ialah En. Nordin B. Jaafar. Tema ucapan beliau ialah "badan sihat dan otak cerdas". Beliau telah mengulas begitu panjang tajuk yang disampaikan. Antara pesanan beliau ialah semoga murid-murid dapat menjaga kesihatan seperti tidur dengan cukup, mengurangkan makanan yang tinggi kadar kolestrol, makanan yang manis serta masin. Selain itu, murid digalakkan beriadah dan bersenam untuk kesihatan yang baik bagi tubuh badan kerana ia adalah faktor melahirkan minda yang cerdas. 
     Pada majlis yang sama turut diadakan penyampaian hadiah kelahiran kepada murid-murid. Hadiah kelahiran murid merupakan aktiviti atau item yang terdapat dalam "Program Guru Penyayang" Hampir 60 orang murid telah menerima hadiah kelahiran yang telah disempurnakan oleh Tn Guru Besar En. Abu Bakar B. Saad dan diiringi oleh En Mohd Kamal B. Haji Sabri PK Hem.