SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Sunday 20 October 2013

MAJLIS SAMBUTAN EIDUL ADHA DAN KORBAN PERDANA



Alhamdulillah, majlis sambutan Eidul Adha dan korban berjaya dilaksanakan. 2 ekor lembu telah selamat dikorbankan. Majlis berjalan lancar dengan aktiviti gotong royong bersama masyarakat setempat dari mula penyembelihan pengurusan, pembahagian dan pengagihan daging korban kepada fakir miskin, anak yatim dan masyarakat berhampiran. Tidak setakat itu, aktiviti memasak dan jamuan juga berjalan lancar dengan kerjasama semua guru dan kakitangan sekolah.Turut serta ajk sarana sekolah dan ajk PIBG serta YDP PIBG. Program ini telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Kaunseling/Rimup dan PIBG. Tahniah kepada semua yg menjayakannya terutama masyarakat kg dan guru2. Pada masa yang sama turut diadakan ceramah sempena korban. Penceramah dari SK Matang telah diundang bagi mengisi ruang memadatkan aktiviti yang julung2 kali diadakan.
Untuk melihat lagi gambar sepanjang progran sila klik DI SINI

Friday 18 October 2013

PROGRAM SELEPAS UPSR 2013 : MASAK MEMASAK


Selain mempelajari ilmu kerohanian jalan menuju akhirat kekal abadi, murid  Tahun 6 di SK Parit Haji Taib juga didedahkan dengan  asas kemahiran hidup seperti belajar memasak. Ini merupakan program atau pengisian aktiviti selepas UPSR sesi 2013.  Di bawah Panitia Bahasa Melayu dan Matematik, 40 orang murid telah berjaya mempelajari cara memasak menu pilihan iaitu "mi goreng ala mamak", "nasi lemak royal" dan "kek pelangi". Mereka telah dibimbing oleh dua orang guru berpengalaman dan mahir dalam bidang masing-masing. Yang dimaksudkan ialah Tn. Hj Mohd Nasir Hj Samsuri dan Pn. Norizan Bt. Arshad. Sebahagian besar guru dapat merasa keenakan dan kelazatan masakan murid yg dibimbing oleh 2 orang guru tersebut. Ada yang berkata "lepas ni nak masak gapo pulak"...sodap.. ;-)


SILA KLIK SINI untuk melihat gambar sepanjang aktiviti

PROGRAM SELEPAS UPSR : KEM AQIL BALIGH

Alhamdulillah, Panitia Agama Islam dan Unit j-QAF SK Parit Haji Taib telah berjaya melaksanakan Kem Aqil Baligh Sesi 2013. Program ini merupakan pengisian aktiviti kepada murid Tahun 6 yang baharu sahaja menduduki peperiksaan UPSR. Kem telah diadakan selama tiga hari. Antara pengisian dalam kem tersebut adalah seperti penjelasan tentang Bab Thaharah yang meliputi perkara berkaitan najis dan hadas, cara menyucikan dan bersuci (mandi wajib dengan amali , Teori wuduk dan Solat, Amali Wuduk serta Solat,  Teori Solat Jenazah dan Amali Solat Jenazah. Murid juga didedahkan dengan ceramah "Menghadapi Alam Remaja" dan ceramah khas dan keinsafan yang bertajuk 'Inzar Kematian". Selain itu terdapat beberapa aktiviti dalam kumpulan.


SILA KLIK SINI untuk melihat gambar sepanjang program.