SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Tuesday 12 November 2013

AKHIRNYA SKPHT JOHAN SOFBOL DAERAH KERIAN 2013



Pada bulan Julai 2013 permainan sofbal telah diperkenalkan kepada murid-murid di SK Parit Haji Taib. Guru yang memainkan peranan penting dalam memperkenalkan permainan ini ialah al-Fadhil Syeikh Mohd Farid Bin Hamzah. Diringkaskan cerita, pada bulan yang sama beliau telah mengutarakan hajat kepada pihak pentadbiran untuk menubuhkan pasukan sofbal di SKPHT. Setelah mendapat lampu hijau, beliau telah dibantu oleh beberapa orang guru sebagai jurulatih dan penyelaras dan beliau sendiri sebagai pengurus pasukan. Sesi pemilihan diadakan hampir 3minggu dan setelah mendapat pemain yang berbakat, latihan telah diadakan dengan gigih. Hasilnya pada 4 November 2013 pasukan Perempuan mendapat tempat ke-3 Daerah Kerian dan pada 11 November 2013 pasukan Lelaki pula menjadi Johan Daerah Kerian menumpaskan Johan pada Tahun sebelumnya iaitu SK Seri Kerian P. Buntar.
Menunggu mengambil pingat

Danial Nordin pemain terbaik perlawanan
Tempat ke3 pasukan Sofbol Perempuan

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2013

Pada 11 November 2013 Sk Parit Haji Taib telah mengadakan sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan 2013. Majlis diadakan pada sebelah petang bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir 5.30 petang. Majlis dimulai dengan ucapan aluan pengerusi majlis, bacaan doa dan ucapan guru besar En Abu Bakar Bin Saad.Upacara perasmian telah disempurnakan oleh YDP PIBG En.Abd Razak Bin Ishak. Keseluruhannya majlis yang diadakan dengan tarikah wasatiyyah tetapi meriah telah berjalan dengan lancar alhamdulillah..