SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Monday 10 February 2014

KEM BESTARI SOLAT TAHUN ENAM 20I4

Alhamdulillah Panitia Pendidikan Islam dan Unit j-QAF Sk Parit Haji Taib telah berjaya mengadakan KBS kali ke-2 bagi sesi 2014. Pada 8 Februari 2014 adalah giliran murid Tahun 6 pula mengikuti Kem Bestari Solat peringkat sekolah yang juga telah dilaksanakan pada hari Sabtu. Program dimulai dengan pendaftaran peserta selitar 7.45 hingga 8.00 pagi. Seterusnya acara diteruskan dengan taklimat ringkas dan pembahagian kumpulan. Pengisian pada kali ini ialah bab "solat jenazah" teori meliputi hukum solat jenazah, perkara sunat, rukun ketika solat jenazah serta amali dan bacaan. Kehadiran 32/33 dan di kendalikan oleh 3 orang fasilitator yang terdiri daripada GPI/GJQ dan beberapa orang urus setia. Terdahulu telah diadakan KBS bagi murid Tahun Satu iaitu pada 25 Januari 2014. Program turut dipantau oleh pihak pentadbiran. Sambutan daripada murid amat menggalakan. Murid yang tidak dapat hadir dimaklumi bersebab. Berikut adalah gambar sepanjang program. Mengikut jadual KBS SKPHT akadatang KBS bagi murid Tahun 2  dan 3.

                                       



KEM BESTARI SOLAT TAHUN SATU SKPHT 20I4

25 Januari 2014 bersamaan 23 Rabiul Awwal 1435H bertempat di Surau Sk Parit Hj Taib telah berjaya diadakan KBS siri pertama bagi murid Tahun 1. Antara pengisian wajib ialah pendedahan awal atau pengenalan erti bersuci, wuduk dan solat yang meliputi teori dan amali bagi setiap bahagian. Apa yang amat diharapkan ialah semoga dengan usaha murni ini dapat melahirkan masyarakat atau generasi Rabbaniah. .Insha Allah