SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Tuesday 29 April 2014

LATIHAN RUMAH SUKAN SEMPENA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA 2014

Alhamdulillah puji-pujian bagi Allah SWT selawat serta salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW.

Hari ini telah diadakan latihan rumah sukan sebagai persediaan persaingan di samping memilih peserta yang benar-benar berpotensi untuk mewakili rumah sukan kelak. Latihan adalah  mengikut kumpulan,  hari ini Rumah Merah dan Kuning menjalani latihan bersama dan Rumah Biru dan Hijau pada hari berikutnya sehinggalah menjelang tarikh sebenar kejohanan berlangsung.

Monday 28 April 2014

PROGRAM NEAR MISS CEMERLANG MATEMATIK 2014

Alhamdulillah puji-pujian bagi Allah SWT selawat serta salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW.

Bertempat di Sk Matang Gerdu telah diadakan Program Near Miss Cemerlang Matematik bagi sesi 2014. Pihak SKPHT telah diamanahkan sebagai pengendali program tersebut.  Murid terlibat adalah dari sekolah - sekolah Kelompok 3.

Sunday 27 April 2014

PROGRAM PENCEGAHAN DADAH PERINGKAT SKPHT SESI 2014

Alhamdulillah puji-pujian bagi Allah SWT selawat serta salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW.

Program Pencegahan Dadah di SKPHT diadakan setiap tahun.  Program ini sangat penting kerana ia merupakan pendedahan awal kepada murid-murid bagi menyedari tentang bahaya najis dadah.

PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE -17

Alhamdulillah puji-pujian bagi Allah SWT selawat serta salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW.

Minggu ini majlis perhimpunan telah dapat diadakan dan berjalan dengan lancar. Guru bertugas adalah Ustazah Noralwani Bt. Zulkifli. Topik pada minggu ini adalah berkaitan dengan tanggungjawab insan terhadap alam sekitar. Beliau telah berucap panjang mengenainya dan memberikan kesedaran pada murid tentang kebaikan memelihara alam sekitar dan kesan jika mengabaikan tanggungjawab ini. Kredit buat guru bertugas.

KERIAN JOHAN SOFBOL PERINGKAT NEGERI PERAK 2014

Alhamdulillah puji-pujian bagi Allah SWT selawat serta salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW.
     Pada tanggalkan 25 hingga 27 April yang lalu telah diadakan Pertandingan Sofbol peringkat Negeri Perak. Sepuluh daerah telah turut serta dalam pertandingan ini. Tahniah diucapkan kepada pasukan sofbol dari Kerian kerana merangkul gelaran Johan Negeri Perak bagi sesi 2014.  3 orang murid dari Sk Parit Haji Taib adalah antara pemain yang mewakili  pasukan Kerian. Pasukan dari Kerian telah menempa gelaran sebagai "sang juara" setelah mengharungi beberapa perlawanan yang senget dan mencabar. Tahniah juga kepada Ustz Farid B. Hamzah guru yang bertanggungjawab membawa 3 orang murid ini di arena sukan  pada peringkat negeri. Beliau juga merupakan salah seorang jurulatih Daerah Pasukan Sofbol.
    

Monday 14 April 2014

TAHNIAH NURARYSYA BT. SUHAILI


 Gambar ini semasa mereka berdua Tahun 1 (2009)

 Alhmdulillah  segala puji hanya bagi Allah Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW.
           Seluruh warga pendidik di SKPHT merakamkan ucapan tahniah kepada NurArysya Bt. Suhaili kerana telah berjaya menamatkan misi Perkhemahan Unit Beruniform Murid-Murid Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan (Puteri Islam) dengan jayanya. NurArysya adalah salah seorang peserta yang dipilih mewakili Negeri Perak dan juga dari Daerah Kerian.
          Terdahulu 2 orang murid dari SKPHT telah mengikuti Perkhemahan Unit Beruniform di Peringkat Daerah (Puteri Islam)  yang telah diadakan di SK Bukit Merah Bagan Serai Perak. Perkhemahan tersebut telah diadakan pada 21 dan 22 Februari 2014 yang lepas. Murid yang dimaksudkan ialah Nadzirah Balqis Mohd Hatta dan NurArysya sendiri. Pada perkhemahan tersebut kedua-dua murid ini telah dipilih untuk mengikuti Latihan Perkhemahan Pusat pula yang sebagai saringan pemilihan peserta ke perkhemahan peringkat kebangsaan. Latihan perkhemahan ini pula telah diadakan pada 13 dan 14 Mac 2014 dan bertempat di SK Baharu Parit Buntar.
          Setelah tamat latihan perkhemahan peringkat pusat, NurArysya Bt. Suhaili  antara peserta yang bertuah kerana telah dipilih mewakili Negeri Perak untuk Perkhemahan Unit Beruniform  Peringkat Kebangsaan. Admin difahamkan hanya 2 orang sahaja peserta dari Daerah Kerian yang dipilih mewakili Perak. Dalam saringan pemilihan ini, pelbagai aspek telah dinilai, Antaranya ialah kemahiran pertolongan cemas, kepimpinan, masakan, ikatan, intergriti, kerjasama dan orienteering.
          Perkhemahan Peringkat Kebangsaan telah diadakan di  Kem Timah Tasoh Kaki Bukit Perlis yang telah diadakan pada 9 hingga 13 April 2014. Sebelum itu latihan pusat peringkat kebangsaan pula telah diadakan pada 7 hingga 9 April di Pulares Batu Gajah. Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru pemimpin Puteri Islam sekolah Hjh Asmah Bt Lokman serta rakan-rakan pemimpin yang lain kerana dapat melahirkan murid yang berkualiti dan berketrampilan.
         
 Menerima Sijil Penghargaan dari Tn Guru Besar 

Sunday 13 April 2014

PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE-15

Alhamdulillah puji-pujian bagi Allah SWT selawat serta salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW. Hari ini merupakan minggu yang ke-15 persekolahan bagi sesi 2014 dan guru yang bertugas adalah Pn. Nor Wahida Bt. Idris. Tema ucapan pada minggu ini ialah "taat dan kasih kepada negara". Turut diadakan penyerahan Lencana Pencetus Kecemerlangan UPSR "Button Badge" kepada semua murid Tahun 6. Penyerahan telah disempurnakan oleh Tn Guru Besar En. Abu Bakar B. Saad diiringi oleh En. Jamaluddin B. Yusof dan dipengerusikan oleh setiausaha Kecemerlangan UPSR Tn Hj Mohd Nasir Hj Samsuri. Selain itu, turut dilancarkan Minggu Anti Dadah di bawah Program Pendidikan Pencegahan Dadah. Majlis telah disempurnakan dengan ucapan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak yang telah dibacakan oleh En. Mohamad Kamal Hj. Sabri. Pelancaran Minggu Anti Dadah ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar. Majlis perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa penutup.
Perhimpunan Minggu ke-15
 
Guru bertugas sedang berucap
 
Cuaca kelihatan baik
 
Tn Guru Besar Menyampaikan Button Badge 5A
 
Tuan Guru Besar berucap ketika merasmikan Pelancaran Program

Tuesday 8 April 2014

TAMAN HERBA MINI DI SKPHT

Alhamdulillah puji-pujian bagi Allah SWT, dan Selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW.  Kini di salah satu sudut di kawasan sekolah yakni bahagian belakang surau sekolah telah ada satu usaha mewujudkan TAMAN HERBA MINI. Usaha ini telah dicadangan atau diketuai oleh Ustazah Noraini Hamzah dan dibantu oleh Ustazah Noralwani dan beberapa orang guru lain serta pekerja sekolah. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan herba atau tumbuhan kesihatan telah di tanam. Semoga hasil usaha ini berjaya.
Orang kuat Taman Mini Herba
 
Orang kuat Taman Mini Herba 
 
Sedang menyiram tanaman herba
 
Kerja-kerja membasahi tanaman herba
 
Turut sama menyiram
 
Tahniah... 

Sunday 6 April 2014

Assembly Minggu ke-14

Alhamdulillah pujian bagi Allah selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW. Minggu ini adalah minggu ke-14 persekolahan dan guru yang bertugas adalah En.Nordin B. Jaafar. Tajuk atau tema yang disampaikan adalah berkenaan amanah dan tanggungjawab. Beliau turut menyentuh ayat dari surah al-anfal ayat 27. Dalam konteks sebagai murid beliau menekankan tanggungjawab yang perlu diketahui oleh semua murid mengenainya. Kredit untuk  En.Nordin B. Jaafar.