SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Monday 14 April 2014

TAHNIAH NURARYSYA BT. SUHAILI


 Gambar ini semasa mereka berdua Tahun 1 (2009)

 Alhmdulillah  segala puji hanya bagi Allah Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW.
           Seluruh warga pendidik di SKPHT merakamkan ucapan tahniah kepada NurArysya Bt. Suhaili kerana telah berjaya menamatkan misi Perkhemahan Unit Beruniform Murid-Murid Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan (Puteri Islam) dengan jayanya. NurArysya adalah salah seorang peserta yang dipilih mewakili Negeri Perak dan juga dari Daerah Kerian.
          Terdahulu 2 orang murid dari SKPHT telah mengikuti Perkhemahan Unit Beruniform di Peringkat Daerah (Puteri Islam)  yang telah diadakan di SK Bukit Merah Bagan Serai Perak. Perkhemahan tersebut telah diadakan pada 21 dan 22 Februari 2014 yang lepas. Murid yang dimaksudkan ialah Nadzirah Balqis Mohd Hatta dan NurArysya sendiri. Pada perkhemahan tersebut kedua-dua murid ini telah dipilih untuk mengikuti Latihan Perkhemahan Pusat pula yang sebagai saringan pemilihan peserta ke perkhemahan peringkat kebangsaan. Latihan perkhemahan ini pula telah diadakan pada 13 dan 14 Mac 2014 dan bertempat di SK Baharu Parit Buntar.
          Setelah tamat latihan perkhemahan peringkat pusat, NurArysya Bt. Suhaili  antara peserta yang bertuah kerana telah dipilih mewakili Negeri Perak untuk Perkhemahan Unit Beruniform  Peringkat Kebangsaan. Admin difahamkan hanya 2 orang sahaja peserta dari Daerah Kerian yang dipilih mewakili Perak. Dalam saringan pemilihan ini, pelbagai aspek telah dinilai, Antaranya ialah kemahiran pertolongan cemas, kepimpinan, masakan, ikatan, intergriti, kerjasama dan orienteering.
          Perkhemahan Peringkat Kebangsaan telah diadakan di  Kem Timah Tasoh Kaki Bukit Perlis yang telah diadakan pada 9 hingga 13 April 2014. Sebelum itu latihan pusat peringkat kebangsaan pula telah diadakan pada 7 hingga 9 April di Pulares Batu Gajah. Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru pemimpin Puteri Islam sekolah Hjh Asmah Bt Lokman serta rakan-rakan pemimpin yang lain kerana dapat melahirkan murid yang berkualiti dan berketrampilan.
         
 Menerima Sijil Penghargaan dari Tn Guru Besar 

0 comments:

Post a Comment