SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Tuesday 6 May 2014

TAHNIAH! ! ADIK NUR FARAHIN BT. TARMIZI

Alhamdulillah puji-pujian bagi Allah SWT selawat serta salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW.
Hari ini 6 Mei 2014 sekitar jam 2.00 hingga 5.30 petang telah diadakan Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Kelompok 3 yakni dalam lingkungan zon Bagan Serai. Pertandingan telah diadakan di SK Seri Siakap yang merupakan  tuan rumah pada tahun ini. SK Parit Haji Taib turut menghantar dua orang peserta bagi membawa cabaran dan saingan dalam pertandingan ini. Dua peserta terebut mewakili  dua kategori yang dipertandingkan iaitu tahap satu dan tahap dua. Murid yang dimaksudkan ialah Nur Farahin Bt. Tarmizi dan . Dua orang murid ini telah dilatih dan dibimbing oleh Tn Hj Mohd Nasir Hj Samsuri selalu Guru Cemerlang B.Melayu. Beliau turut dibantu oleh beberapa orang guru lain dari panitia yang sama. Diringkaskan cerita salah seorang daripada peserta SKPHT telah dipilih sebagai Johan dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada adik Nur Farahin (Johan) dan adik Nur Ain Natasha Bt. Mohd Yusri mendapatkan tempat ke-4 (Sijil Penyertaan) Insha allah adik Nur Farahin akan mewakili sekolah dan kelompok di peringkat daerah dalam masa terdekat.

KEMPEN PENJAGAAN KESIHATAN GIGI PERINGKAT SEKOLAH

Alhamdulillah puji-pujian bagi Allah SWT selawat serta salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW.
Sebenarnya sudah hampir dua minggu kakitangan Klinik Kesihatan Bagan Serai dari Unit Pergigian berkampung di sekolah ini dalam rangka menjalani pemeriksaan gigi anak-anak di Sk Parit Hj Taib. Hari ini merupakan hari terakhir mereka di sekolah ini. Mereka telah menerangkan kepada semua murid teknik penjagaan dan cara menggosok gigi yang sebenar. Amali atau praktek gosok gigi telah dilakukan oleh semua murid. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua staf yang terlibat. Diharap murid-murid dapat mengamalkan kaidah penjagaan gigi yang telah ditunjukkan.

Sunday 4 May 2014

PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE - 18

Alhamdulillah puji-pujian bagi Allah SWT selawat serta salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW.
Minggu ini merupakan minggu ke-18 persekolahan. Guru bertugas pada minggu ini adalah En. Mustafa Kamal B. Hj Ahmad. Topik atau tajuk ucapan beliau pada pagi ini berkenaan "berbudi dan membalas budi". Ucapan beliau amat menarik dapat menarik minat dan kekusyukan semua murid untuk mendengar. Bahasa yang digunakan sesuai dan mudah difahami.
Beliau turut mendatang mafhumnya hadis berikut sebagai hujah ucapan.
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ :يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ، قَالَ أَبُوْكَ
Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, belia berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’” [HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548]
Subhanallah
Semoga kita senantiasa dapat menjadi anak yang berbakti kepada kedua orangtua
Like