SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Saturday 19 September 2015

SKPHT JOHAN LAGI PERINGKAT NEGERI



Seluruh warga SKPHT mengucapkan tahniah kepada dua orang murid ini iaitu adik Nor Kamalia Bt. Mohd Said dan Nurin Hanis Bt. Mohamad Kamal dari SK Parit Haji Taib kerana telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Rutin Harian pada Karnival Puteri Islam 2015 peringkat Negeri Perak. Terdahulu mereka telah mendapat Johan dalam acara yang sama di peringkat daerah. Difahamkan untuk kategori sekolah menengah daerah Kerian menyandang tempat ke-2. Tahniah juga kepada guru2 pemimpin PPIM SKPHT terutamanya Pn. Hjh Asmah Bt Lokman.

Saturday 28 February 2015

BORANG PENGREKODAN TAHUN 1, TAHUN 2 DAN TAHUN 3




Assalamualaikum...di sini terdapat Borang Pengrekodan PBS Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 Offline yang terbaharu bagi beberapa mata pelajaran SK untuk muat turun sila klik pada nama fail.

Friday 27 February 2015

MTQ 2015 ZON BAGAN SERAI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... 
        Pada 24hb Februari 2015 telah diadakan Majlis Tadarus Quran bagi Sesi 2015. SK Parit Haji Taib telah diberikan kepercayaan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kerian sebagai pengelola atau tuan rumah bagi menjayakan majlis tersebut di Peringkat Zon Bagan Serai. Sebanyak 12 dari 13 buah sekolah telah turut serta dalam penyertaan pertandingan. Hanya 3 acara utama dipertandingkan iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Pertandingan Bercerita Dari Kisah Al-Quran. Ketiga-tiga acara ini dalam kategori berasingan bagi peserta lelaki dan perempuan.
    Syukur kepada Allah Swt kerana majlis telah dapat diaksanakan hingga ke penghujungnya dan berjalan seperti yang dirancang. Jazakallahu khairan kepada semua pihak yang membantu menjayakan majlis ini yang terlibat secara langsung atau sebaliknya. Ucapan Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mendapat 3 tempat terbaik. Kepada peserta yang lainnya semoga dapat berusaha dengan lebih gigih lagi pada pertandingan akan datang. Seperti bunyi pesanan pepatah arab yang bermaksud " Siapa yang bersungguh ia akan berjaya dan siapa yang bercucuk tanam ia akan dapat hasilnya".Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakamkan. Untuk melihat gambar-gambar yang lain sila klik pada link berikut :

ALBUM 1     ALBUM 2 

Sila klik pada link berikut untuk melihat gambar-gambar yang lain : 

Sunday 25 January 2015

PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE-3 SESI 2015

السلام  عليكم  ورحمة  الله  وبركاته 
Alhamdulillah, majlis  perhimpunan  mingguan bagi minggu  ke-3 telah  berjaya dengan lancar.  Pada minggu  ini  adalah  giliran  cikgu  Norizan  Bt. Arshad selaku  guru  bertugas. Topik perhimpunan  pada minggu  ini  ialah  "Masa  itu  emas". Guru bertugas  telah  mengupas  dengan  baik topik  ini. Majlis  diteruskan  dengan  ucapan  En. Khairuddin B.Ibrahim selaku guru  disiplin. Seterusnya majlis perhimpunan  dilengkapkan dengan ucapan  PK  Hem  En. Mohamad  Kamal  Hj.  Sabri.

Sunday 18 January 2015

PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH MINGGU KE-2

Alhamdulillah  bersyukur  ke  hadrat  Allah  Swt, selawat  dan salam  ke  atas  junjungan  besar  Rasulullah  Saw. Hari  ini majlis  perhimpunan  mingguan  telah  berjalan  seperti biasa. Majlis dipengerusikan  oleh P. Ketua  Pengawas  Najah  Nasuha  Bt. Mohd Salji. Guru  bertugas  pada  kali  ialah  Pn  Noradyani  Bt. Salim. Topik  ucapan  beliau  adalah  "Usaha  Kunci  Kejayaan". Beliau  turut  menyampaikan beberapa  tips  untuk  berjaya dalam  konteks sebagai seorang  murid. Setetusnya majlis  diteruskan  dengan ucapan  PK HEM. Beberapa  peringatan  berkaitan  etika  berpakaian  dan  disiplin  telah disampaikan  dalam  ucapan  beliau. Beliau  mengakhiri  ucapan  dengan berharap  murid  sentiasa  menjaga  tatasusila  sebagai  seorang murid. Majlis diakhiri  dengan  bacaan  doa  oleh  pengawas  bertugas.