SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Thursday 11 August 2016

AMALAN SUNAT HARI JUMAAT

CHECKLIST AMALAN-AMALAN SUNAT HARI JUMAAT:

✔ Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw
✔ Membaca Surah Al-Kahfi
✔ Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan memunaikan solat jumaat
✔ Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat.
✔ Memperbanyakkan membaca Al-Quran
✔ Memperbanyakkan amalan bersedeqah
✔ Memperbanyakkan amalan sunat
✔ Memotong kuku kaki dan tangan
✔ Memperbanyakkan zikrullah
✔ Memakai pakaian sunnah
✔ Memakai wangi-wangian
✔ Hadir awal ke masjid Rasulullah bersabda yang maksudnya :

“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Wednesday 10 August 2016

TAHNIAH 2 ORANG MURID SK PARIT HAJI TAIB TERPILIH MEWAKILI PASUKAN SOFBOL NEGERI PERAK 2016


Seluruh warga SK Parit Haji Taib mengucapkan syabas dan tahniah kepada adik Fazliana Bt. Baharijan dan Nur Ain Aqilah Bt. Abu Samah kerana terpilih mewakili pasukan Sofbol Negeri Perak bagi sesi 2016. Tahniah juga kepada guru yang membimbing dan sebagai jurulatih iaitu Ustaz Mohd Farid, Cikgu Helmey Bin Awang, Cikgu Farizal B. Abidin serta Cikgu Khairul Kamal B. Abd Rahman. Ini adalah kejayaan dan pencapaian yang besar murid sekolah ini. Meskipun berada di sekolah kampung atau luar bandar mereka dapat bersaing dengan sekolah bandar. Sebenarnya kejayaan ini bukan kali pertama tapi sudah tiga tahun berturut-turut. Tahun 2015 6 orang murid sekolah ini mewakili pasukan Sofbol Negeri Perak, dan pada tahun 2014 2 murid sekolah ini mewakili Negeri Perak sama seperti tahun ini. "Semoga mereka mendapat kejayaan"