SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Tuesday 28 March 2017

Alhamdulilah..pada 28 mac 2017 .pihak sekolah telah menerima 2 buah Yes Zoom 4 Mbps dari pihak YTL untuk kegunaan dalam bilik makmal komputer.

Sunday 26 March 2017

PERHIMPUNAN MINGGU KE-11 SESI 2017

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah Subhanallahu Wa Ta'ala kerana perhimpunan pada pagi ini dapat diadakan dan berjalan dengan lancar. Majlis dimulai dengan bacaan doa dan diteruskan dengan nyanyian lagu "Negaraku" serta lagu "Negeri Perak". Perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas En Khairul Kamal Bin Abd Rahman. Tema ucapan beliau tentang kebersihan. Beliau menekankan tentang pentingnya menjaga kebersihan diri, pakaian tempat tinggal dan sekolah. Majlis perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru besar En. Abd Aziz Bin Jamaludin. Beliau juga mengingatkan murid tentang perlunya menjaga kebersihan kerana ia berkait dengan kesihatan. Beliau telah menyebut beberapa penyakit bahaya akibat tidak menjaga  kebersihan seperti penyakit denggi dan sebagainya. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu sekolah.

Monday 20 March 2017

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38


9 MAC 2017 bertempat di SK Parit Haji Taib telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-38. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YB dato' Sham Bin Mat Samat Adun Alor Pongsu. Turut diadakan pada hari yang sama majlis penyerahan bantuan awal persekolahan (RM100). Majlis dimulai dengan bacaan doa dan bacaan suci ayat suci Al-Quran oleh adik Nurul  Izzah Nabilah Bt. Mohamad Fitri. (Johan Tilawah Daerah Kerian 2017 kategori Perempuan)