SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Sunday 26 March 2017

PERHIMPUNAN MINGGU KE-11 SESI 2017

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah Subhanallahu Wa Ta'ala kerana perhimpunan pada pagi ini dapat diadakan dan berjalan dengan lancar. Majlis dimulai dengan bacaan doa dan diteruskan dengan nyanyian lagu "Negaraku" serta lagu "Negeri Perak". Perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas En Khairul Kamal Bin Abd Rahman. Tema ucapan beliau tentang kebersihan. Beliau menekankan tentang pentingnya menjaga kebersihan diri, pakaian tempat tinggal dan sekolah. Majlis perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru besar En. Abd Aziz Bin Jamaludin. Beliau juga mengingatkan murid tentang perlunya menjaga kebersihan kerana ia berkait dengan kesihatan. Beliau telah menyebut beberapa penyakit bahaya akibat tidak menjaga  kebersihan seperti penyakit denggi dan sebagainya. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu sekolah.

0 comments:

Post a Comment