SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Saturday 1 April 2017

KEM BESTARI SOLAT KALI KE-2 FASA PERTAMA SESI 2017


             Alhamdulillah pada hari ini Sabtu 1 April 2017 bersamaan 4 Rejab 1438H, Unit j-QAF bersama Panitia Pendidikan Islam SK Parit Haji Taib telah berjaya mengadakan Kem Bestari Solat Fasa Pertama Sesi 2017 untuk Kali ke-2. Kem kali ini melibatkan murid Tahun 3 dan Tahun 4. 
            Kem telah berjalan dengan lancar sama seperti yang dirancang. Pengisian KBS hari ini bagi Tahun 3 adalah berkaitan dengan : LDK 1 Lafaz dan Niat Solat serta Amali, LDK 2 Bacaan Tahiyat Awal & Akhir Serta Amali, LDK 3 Perkara yang membatalkan Wuduk & Solat dan LDK 4 Amali Solat Serta Bacaan Solat. 
         Manakala pengisian untuk Tahun 4 pula adalah seperti berikut : LDK 1 Syarat Wajib Solat, LDK 2 Syarat Sah Solat, LDK 3 Muafiq, Masbuq, Ikhtilaf & Mufarakah Serta Amali dan LDK 4 Amali Solat Serta Bacaan Solat. Kem telah ini telah dijayakan oleh 4 orang fasilitator yang terdiri daripada GPI dan GBA.Murid pula telah dibahagikan kepada 4 kumpulan juga. Untuk melihat gambar-gambar lain sila klik nama di bawah.



  

0 comments:

Post a Comment