SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Monday 14 January 2013

KINI KEMBALI DENGAN WAJAH BAHARU

  Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, bersyukur admin kehadrat Allah SWT kerana telah diberikan kekuatan dan kelapangan masa untuk menghidupkan kembali laman sesawang SK Parit Haji Taib. Walaupun dihimpit kesibukan masa, admin akan cuba sedaya upaya menyalurkan informasi, aktiviti dan apa sahaja yang dianggap bermanfaat untuk disampaikan kepada para pengunjung. Hampir setahun laman web rasmi Sk Parit Haji Taib tidak diselenggarakan dan dikemaskini berikutan admin asal Tn Hj Khairuddin B. Ramli telah berpindah ke sekolah lain. Namun SK Parit Haji Taib masih mempunyai dua orang lagi blogger yang tidak asing lagi dalam dunia blog pendidikan. Lihat sahaja pencarian  Blog j-QAF Sk Parit Haji Taib dan Blog PSS SKPHT begitu popular di mesin carian Google, Bing, Yahoo dan sebagainya. 


     
   Dua blog yang dimaksudkan adalah blog alternatif bagi menggantikan blog rasmi sekolah. Kini tiba masanya blog rasmi SKPHT diwujudkan kembali dan semoga mendapat sokongan dan dukungan warga SKPHT khasnya dan para pengunjung amnya. Portal Rasmi SK Parit Haji Taib boleh diexplore melalui url address http://skphtbaganserai.blogspot.com.

0 comments:

Post a Comment