Showing posts with label BERITA SEMASA. Show all posts
Showing posts with label BERITA SEMASA. Show all posts

Wednesday, 27 February 2013

BEBAN TUGAS GURU AKAN DIATASI..


Mungkin ada kebenarannya, tugas guru  masa sekarang  sampai ke tahap tugas pengkeranian, sehinggakan tugas utama, main core mengajar adakalanya terjejas. Agak berbeza dengan situasi jika dibandingkan dengan zaman 60-90an, guru dilihat fokus mengajar 100%.

 Oleh itu sekarang ini, Datuk Seri Mohd Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yasin sekarang ini sedang berusaha keras untuk membantu menyelesaikan permasalahan yang dibebani kalangan guru di Malaysia hari ini.


Beban Tugas Guru Dikurangkan


Datuk Seri Najib Razak berkata kaedah untuk mengurangkan beban tugas pentadbiran guru akan diberi perhatian segera dalam pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
Perdana Menteri (gambar) berkata langkah tersebut memerlukan tindakan supaya guru boleh menumpukan sebahagian besar masa mereka pada fungsi pengajaran teras.
Beliau berkata aspek bebanan tugas guru merupakan antara perkara yang telah dibincangkan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran.
“Itulah pembaharuan yang kita akan laksanakan bagi mengurangkan beban guru dalam tugas yang tiada kaitan dengan tugas utama sebagai pendidik,” katanya pada majils perayaan jubli emas Sekolah Sultan Alam Shah, di sini, malam tadi.
Najib berkata keperluan guru harus diberi keutamaan sebagai motivasi untuk mereka menyampaikan pengajaran secara berkesan di dalam dan luar bilik serta pencapaian dan kejayaan sesebuah sekolah itu bergantung kepada warga pendidik.
Sumber diperoleh :http://beritasemasa.com/beban-tugas-guru-malaysia




Tuesday, 19 February 2013

i-Think DAPAT MEMUPUK KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI


SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Hang Kasturi menganjurkan bengkel i-Think untuk membantu guru-guru memupuk kemahiran berfikir aras tinggi, menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat, mahir dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan pelajar sekolah.
Pengetuanya, Ismail Sulaiman berkata, i-Think merupakan pendekatan yang realistik serta praktikal memupuk proses pemikiran dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
"Program ini melahirkan pencipta dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa depan," katanya ketika merasmikan bengkel tersebut di sekolah itu di Melaka baru-baru ini.
Sekolah itu merupakan satu daripada 1,000 sekolah yang mula mengikuti program i-Think bagi sesi 2013 sebelum diperluas kesemua sekolah menjelang 2014.
Program ini dapat menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi untuk meningkatkan keupayaan serta kebolehan sedia ada pada pelajar di samping membantu mereka memahami sesuatu konsep dan mengaplikasi dalam menyelesaikan permasalahan.




Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20130218/pe_03/i-Think-pupuk-kemahiran-berfikir-aras-tinggi#ixzz2LLmnJ426 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, 25 January 2013

CUEPACS AKAN SERAH CADANGAN KENAIKAN GAJI


                                                    

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan menyerahkan cadangan kepada kerajaan berhubung pemberian kenaikan gaji penjawat awam yang telah mencapai tangga gaji maksimum bagi memastikan ketelusannya.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, disebabkan kenaikan itu melibatkan semua peringkat, keadilan diperlukan khususnya dalam merungkai persoalan pihak mana yang layak mendapat kenaikan tinggi atau sebaliknya."Dijangkakan kenaikan gaji antara dua hingga lima peratus tetapi jangan pula nanti pegawai atasan sahaja dapat lima peratus sedangkan pekerja bawahan hanya dua peratus. Kalau sudah berkhidmat 10 tahun, berilah lima peratus.

"Ahli Majlis Kongres CUEPACS akan membincangkan mekanisme bagi menentukan kriteria dalam menentukan jumlah kenaikan gaji pada 29 hingga 31 Januari ini dan cadangan hasil perbincangan itu bakal diserahkan kepada kerajaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber :Utusan Malaysia 24 Januari 20l3