SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Saturday 24 September 2022

SEKOLAHKU SEJAHTERA SK PARIT HAJI TAIB 2022


Berikut adalah barisan pihak pentadbir  yang baharu bagi sesi persekolahan 2022- 2023 SK Parit Haji Taib. Guru Besar, Ustaz Mohd Yusof Bin Shoib, Penolong Kanan Pentadbiran Encik Mohd Nor Jismi Bin Ahmad Zakaria, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Fatimah Binti Masdar dan Penolong Kanan Kokurikulum pula ialah Puan Rosliza Binti Abd Rahim. Semoga SK Parit Haji Taib lebih cemerlang  dan gemilang di bawah pentadbiran baharu yang mantap dan berkaliber ini, insyaAllah.

PERTANDINGAN EDU FARMING PERINGKAT SEKOLAH RENDAH 2022


 Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, pada tahun ini SK Parit Haji Taib dapat turut serta  menyertai pertandingan EDU Farming 2022 Peringkat Negeri Perak. "Faiza  'azamta fatawakall 'alallah, Innallaha yuhibbul 'ala mutawakkilin" . Empat buah sekolah dari daerah Kerian telah menyertai pertandingan Edu Farming pada tahun ini. Dua buah masing-masing mewakili kategori sekolah rendah dan kategori sekolah menengah. SK Changkat Lobak dan SK Parit Haji Taib telah mewakili kategori sekolah rendah, manakala SMK Gunong Semanggol dan SMK Seri Kurau pula  mewakili  ketegori sekolah menengah. 

Sunday 29 May 2022

MESYUARAT AGUNG PIBG SK PARIT HAJI TAIB KALI KE-43

 



28 MEI 2022 bertempat di SK Parit Haji Taib telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-43. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Pn. Suzana Binti Haji Zaini (Penolong PPD Pemulihan Khas Pejabat Pendidikan Daerah Kerian) merangkap pegawai angkat SK Parit Haji Taib. Turut diadakan pada mesyuarat kali ini lantikan baharu ahli jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023. Mesyuarat dimulai dengan bacaan doa oleh adik Muhammad Yusof Danial bin Abd Halim dan turut diserikan dengan persembahan nyayian oleh murid Tahun 5. Mesyuarat berakhir pada jam 12.00 tengah hari.