SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Sunday 29 March 2020

UTAMAKAN BANTUAN KEPADA KELUARGAMU



Gambar Hiasan

Anas berkata: "Abu Talhah adalah penduduk asal Madinah. Beliau mempunyai kebun kurma yang banyak. Antara kebun-kebunnya itu, yang paling disukainya adalah kebun Bairuha, yang berdepan dengan Masjid Nabi di Madinah. Nabi Muhammad SAW suka masuk ke kebun itu dan minum air telaganya yang nyaman.
Kata Anas lagi: Ketika turun ayat suci yang bermaksud: Kamu tidak akan mendapat kebaikan sehinggalah kamu menafkahkan apa yang kamu sayangi. Abu Talhah bangun dan melangkah mendekati Nabi Muhammad SAW lalu berkata: Wahai utusan Tuhan, Allah menerangkan: Kamu tidak akan mendapat kebaikan sehinggalah kamu suka menafkahkan apa yang kamu sayangi. Percayalah, harta yang paling saya sayang adalah kebun Bairuha. Dengan ini saya sedekahkan kebun saya itu bagi kepentingan agama Allah. Saya mengharapkan kebaikan dan sebagai simpanan di sisi Allah. Wahai utusan Allah, gunakanlah kebun itu seperti mana yang Allah beritahu tuan.
Dahulukan keluarga
Nabi Muhammad kemudian bersabda: Sungguh! Kebun itu adalah harta yang banyak keuntungannya. Saya sudah mendengar apa yang saudara katakan. Pada pendapat saya, sebaiknya kebun itu saudara sedekahkan kepada kaum keluarga saudara. Abu Talhah menjawab: Baiklah, wahai utusan Allah, saya akan lakukan itu. Selepas itu Abu Talhah membahagikan kebun Bairuha kepada keluarga dan anak saudaranya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Amalan bersedekah kerana Allah SWT memang digalakkan, tetapi adalah lebih baik jika pemberian itu diberikan kepada ahli keluarga dan saudara mara yang sangat memerlukan bantuan kita.
Anas berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dilewatkan ajalnya, hendaklah dia mempereratkan ikatan kekeluargaannya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

WE DELIVER MOTTO BARU JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

    Pengarah Pendidikan Negeri Perak Dr Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali, telah melancarkan motto dan logo untuk JPN Perak. Pelancaran motto ini adalah bagi mengganti motto sebelum ini Jabatan Pendidikan Negeri Perak iaitu 'Perak Excellent'
Moto “WE DELIVER” - melambangkan warga JPN Perak, PPD dan sekolah sebagai satu organisasi kebersamaan yang kukuh, mantap dan sentiasa bersedia dalam menyampaikan ilmu, maklumat, pengetahuan dan nilai murni.
       Jabatan Pendidikan Negeri Perak komited dalam melahirkan modal insan, mewujudkan pendidikan berkualiti, sekolah unggul, murid holistik. Oleh itu, semua warga pendidik perlu mempunyai satu misi yang sama ke arah penyampaian pendidikan berkualiti untuk membangunkan sekolah unggul bagi menyediakan murid kalis masa depan. Warga pendidik juga perlu menghayati nilai teras yang sama iaitu berilmu dan beramal, beriltizam, bekerjasama, berintegriti dan berakauntabiliti serta bersyukur. Beliau juga turut melancarkan visi dan misi Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang baharu, iaitu:

VISI

Pendidikan Berkualiti, Sekolah Unggul, Murid Holistik,

MISI

Penyampaian Pendidikan Berkualiti Untuk Membangun Sekolah Unggul Bagi Menyediakan Murid Kalis Masa Depan