Showing posts with label 2020. Show all posts
Showing posts with label 2020. Show all posts

Wednesday, 11 November 2020

DOWNLOAD BUKU TEKS DIGITAL SK (SEKOLAH KEBANGSAAN)

 


Buku Teks Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia khusus Buku Teks (SK) untuk sekolah rendah. Sila klik pada nama di bawah untuk proses memilih dan muat turun.


BUKU TEKS TAHUN 1 SK

BUKU TEKS TAHUN 2 SK

BUKU TEKS TAHUN 3 SK

BUKU TEKS TAHUN 4 SK

BUKU TEKS TAHUN 5 SK

BUKU TEKS TAHUN 6 SK

Saturday, 22 August 2020

Selamat datang ke SK Parit Haji Taib

 Assalamulaikum dan Salam Sehati sejiwa.



Pihak sekolah dan warga SKPHT mengalu-alukan kehadiran Puan Siti Alpiah Bt Mat Ali sebagai Guru Besar yang baharu dan  En Mohammed Jeffri Bin Che Sap sebagai Penolong Kanan HEM yang baharu ke SK Parit Haji Taib. Selamat datang ke SKPHT semoga dengan  kehadiran Puan Guru Besar dan Tn PK HEM ke sekolah ini dapat memartabatkan lagi SKPHT ke arah kecemerlangan dari aspek kurikulum, kokurikulum dan sahsiah. InsyaAllah
Guru Besar
Pn Siti Alpiah Bt Mat Ali


PK HEM
En Mohammaed Jeffri B. Che Sap

Thursday, 16 April 2020

COVID19 : PEPERIKSAAN DIBATAL DAN DITUNDA PERSEKOLAHAN 2021 AKAN DIKAWAL BAIK


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui menterinya, Dr. Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan, hanya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah dibatalkan pada tahun ini. Sementara itu, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula telah ditangguhkan.
Lanjutan daripada perkembangan semasa dalam negara berikutan wabak COVID-19, Mohd Radzi yang ditemui dalam sidang media di bangunan Perdana Putra menyatakan, pembukaan sekolah hanya melibatkan kelas peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara.
Beliau memaklumkan bahawa tarikh peperiksaan SPM dan SVM akan ditunda kepada suku pertama tahun 2021. Peperiksaan STAM juga akan diadakan dalam suku pertama 2021, manakala bagi STPM, tarikh peperiksaan Semester 2 diubah kepada bulan Ogos 2020, dan Semester 3 dalam suku pertama tahun 2021.
Semua penundaan ini akan memberi kesan kepada kemasukan ke peringkat pengajian tinggi. Oleh itu, KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menangguhkan tarikh kemasukan baru ke institusi pengajian tinggi (IPT), iaitu bagi program asasi, matrikulasi dan peringkat diploma sehingga Julai atau Ogos 2021, dan program ijazah pada September atau Oktober 2021.
KPM turut faham dan prihatin terhadap kebimbangan bahawa akan terjadi pertindihan antara pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima apabila penggal peperiksaan ditunda. Mohd Radzi menjelaskan bahawa telah tersedia beberapa pilihan atau kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan tidak berlaku kesesakan kemasukan berganda bagi pelajar-pelajar kelas peperiksaan awam pada tahun hadapan.
Para Ibu bapa dan pelajar tidak perlu risau tentang perkara kesesakan kemasukan berganda bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan-peperiksaan yang ditunda ke tahun 2021. KPM akan memastikan pengurusan dan kaedah yang paling baik akan dipertimbang dan dilaksanakan. Perkara-perkara ini sedang dalam proses perincian bagi menghasilkan satu kerangka yang jelas dan akan diumumkan kelak.

Monday, 13 April 2020

BUKU TEKS DIGITAL SEKOLAH RENDAH SEMUA MATA PELAJARAN


Buku Teks Digital (Fail PDF) boleh dimuat turun sekarang. Semua mata pelajaran Tahun 1 hingga Tahun 6. Klik pada nama Tahun dan Judul untuk proses muat turun. Sumber daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. 


📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 1                          

📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 2                                    

📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 3                                 

📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 4                              

📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 5                                  

📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 6 


Semoga Bermanfaat                           

PEMBELAJARAN DI RUMAH SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)


Di sini dikongsikan soalan-soalan kuiz online yang sangat menarik bagi setiap mata pelajaran dan setiap tahun (Tahun 1 hingga tahun 6) Bahan-bahan ini telah disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Semoga bermanfaat kepada murid bagi mengisi masa terluang semasa musim PKP kerana negara masih dilanda wabak covid-19.




4. SAINS



7. SEJARAH


Thursday, 9 April 2020

DOWNLOAD DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 - TAHUN 6


Assalamualaikum.. di sini boleh muat turun DSKP Pendidikan Islam Tahun 1 hingga Tahun 6. Klik padaDSKP yang hendak dimuat turun. Semoga bermanfaat.

BUKU TEKS DIGITAL PENDIDIKAN ISLAM SESI 2020




Assalamualaikum.. di sini boleh dimuat turun buku teks Pendidikan Islam Tahun 1 hingga Tahun 6. Klik pada judul buku yang hendak dimuat turun. Semoga bermanfaat.

Sunday, 29 March 2020

WE DELIVER MOTTO BARU JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK

    Pengarah Pendidikan Negeri Perak Dr Mohd Suhaimi bin Mohamed Ali, telah melancarkan motto dan logo untuk JPN Perak. Pelancaran motto ini adalah bagi mengganti motto sebelum ini Jabatan Pendidikan Negeri Perak iaitu 'Perak Excellent'
Moto “WE DELIVER” - melambangkan warga JPN Perak, PPD dan sekolah sebagai satu organisasi kebersamaan yang kukuh, mantap dan sentiasa bersedia dalam menyampaikan ilmu, maklumat, pengetahuan dan nilai murni.
       Jabatan Pendidikan Negeri Perak komited dalam melahirkan modal insan, mewujudkan pendidikan berkualiti, sekolah unggul, murid holistik. Oleh itu, semua warga pendidik perlu mempunyai satu misi yang sama ke arah penyampaian pendidikan berkualiti untuk membangunkan sekolah unggul bagi menyediakan murid kalis masa depan. Warga pendidik juga perlu menghayati nilai teras yang sama iaitu berilmu dan beramal, beriltizam, bekerjasama, berintegriti dan berakauntabiliti serta bersyukur. Beliau juga turut melancarkan visi dan misi Jabatan Pendidikan Negeri Perak yang baharu, iaitu:

VISI

Pendidikan Berkualiti, Sekolah Unggul, Murid Holistik,

MISI

Penyampaian Pendidikan Berkualiti Untuk Membangun Sekolah Unggul Bagi Menyediakan Murid Kalis Masa Depan

Thursday, 26 December 2019

DOA SEMPENA MESYUARAT GURU SESI PERSEKOLAHAN 2020


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ 

وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ



Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami pada pagi  ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.


Allahumma Ya Hakim Ya Azim,

Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun ,membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.


Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.


Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,


Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang  beriman  serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.



اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .

اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ

اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ


وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ