Showing posts with label PIBG. Show all posts
Showing posts with label PIBG. Show all posts

Wednesday, 5 June 2013

GOTONG-ROYONG PERDANA PERINGKAT SK PARIT HAJI TAIB


Assalamualaikum, kepada semua warga SKPHT serta masyarakat setempat dan mereka yang pernah ada kaitan dengan SKPHT dengan ini dimaklumkan bahawa pada 15 JUN 2013 hari Sabtu akan diadakan "gotong-royong" Perdana peringkat SKPHT. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dialu-alukan bagi menyertai kerja amal bagi menceriakan dan mencantikkan sekolah ini. Antara sasaran pada gotong-royong kali ini ialah, membaik pulih pagar, mengecat semua tiang-tiang tempat kenderaan guru/murid dan membersihkan dan mengecat surau. Tuan/puan boleh membawa peralatan yang berkenaan bagi melancarkan gotong-royong ini. Jamuan juga turut disediakan di mana kaum ibu siap sedia untuk masak dan menyediakan makanan. Diharap aktiviti ini dapat berjalan seperti yang dilancar. Terima Kasih diucapkan kepada YDP PIBG sesi 2013-2014     En. Abd Razak Bin Ishak selaku penganjur aktiviti. 

Monday, 4 March 2013

MESYUARAT PIBG KALI KE-2 SESI 2013


Isnin, 4/2/2013 telah diadakan Mesyuarat PIBG kali ke-2 bagi sesi 2013. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YDP PIBG yang baharu En Abd Razak Bin Ishak. Mesyuarat Jawatankuasa PIBG ini telah dihadiri oleh 18 orang yang terdiri daripada Ajk, Bendahari, Naib Pengerusi dan lain-lain. Antara perkara yang dibincangkan adalah untuk menambahkan dana kewangan PIBG. Perkara lain yang turut dibincangkan adalah perancangan, program dan aktiviti bagi membangunkan kecemerlangan dan kegemilangan sekolah.





 AJK SEUMUR HIDUP


Monday, 18 February 2013

ORGANISASI PIBG



CARTA ORGANISASI
PERSATUAN IBUBAPA DAN GURU (PIBG)
SK PARIT HAJI TAIB
 34300 BAGAN SERAI PERAK




Penaung         : En Abu Bakar Bin Saad
Yang Dipertua : En. Abd razak Bin Ishak 
Naib Yang Di Pertua : Pn Norhayati Bt Yusof
Setiusaha Kehormat: Pn Norhida Bt Saad  (Guru)
Bendahari Kehormat: Ahmad Sufi Hj Isahak (Guru)



Ahli Jawatankuasa IbuBapa 

Pn Siti Eshah Bt Yusof
En Suhaimi Bin Sabri 
Pn Zainab Bt Sabran
Pn Rohana Bt Hamid
Pn Jamiyah Bt Omar
Pn Azizah Bt Hamid


Ahli Jawatankuasa Guru

Hj Mohd Nasir B. Hj Samsuri (Guru)
En Mustafa Kamal Hj Ahmad (Guru)
Pn Hjh Asmah Hj Lokman (Guru)
Pn Pn Norizan Bt Arshad (Guru)
Pn Nor Wahida Bt Idris (Guru)
En Nordin Bin Jaafar


JuruAudit Dalaman

En. Azian Bin Idris 
Pn. Nora Bt Arshad (Guru)