Monday, 8 June 2026

Lawatan Awal Sesi Kunjung Bantu Pelaksanaan Program Promosi Kesihatan di Institusi Pendidikan (HePiLI) Tahun 2026


Pada hari ini SKPHT telah menerima Lawatan Awal Sesi Kunjung Bantu Pelaksanaan Program Promosi Kesihatan di Institusi Pendidikan (HePiLI) Tahun 2026 Kementerian Kesihatan Malaysia telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini 08 Jun 2016 di Prasekolah Sk Parit Hj Taib 

Program yang disertai mewakili Perak adalah
TUNAS DOKTOR MUDA
Pelaksanaan Program ini dijadualkan berlangsung pada 11 Jun 2026 (Khamis).

Bahagian Pendidikan Kesihatan (BPK), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang melaksanaan Program tersebut. 

Semoga segala perancangan dan persiapan yang dilaksanakan dapat menyumbang kepada kejayaan Program Kunjung Bantu KKM demi manfaat komuniti setempat.

MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN SEKOLAH 8 JUN 2026

Setelah bercuti lebih kurang dua minggu, hari ini 8 Jun 2026 sesi persekolahan penggal kedua telah bermula.  Majlis perhimpunan rasmi telah diadakan pada hari ini di SK Parit Haji Taib dalam keadaan aman dan harmoni. Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis iaitu pengawas bertugas adik Aisyah Hani Bt Mohd Taib. Perhimpunan dimulakan dengan memohon keberkatan dengan menjemput  adik Naqib Naqiuddin B. Mohd Nasir selaku pengawas bertugas untuk memimpin bacaan doa. Seterusnya majlis diteruskan dengan nyanyian lagu "Negaraku" dan lagu "Negeri Perak". Selanjutnya pembacaan ikrar yang diketuai oleh adik Nur Dhia Qairina Bt Mohd Fuad. Minggu ini merupakan Minggu ke - 19 persekolahan. Guru yang bertugas pada minggu ini ialah Pn Nor Madiah Bt. Abd Wahab dan Pn Nur Farahin Bt. Abd Rahman. Ucapan guru bertugas telah disampaikan oleh Pn. Nor Madiah :
1. Tema ucapan pada minggu ini bertajuk "Hidup Berkasih Sayang" merupakan salah satu amalan nilai murni dalam kehidupan. 
2. Info PPDA berkaitan tentang dadah dan alkohol.
3. Penyampaian sijil anugerah kepada murid-murid yang telah berjaya menyertai aktiviti/program dan pertandingan.
4. Ucapan GPK Pentadbiran Pn Fatimah Bt Masdar.
Pn. Fatimah telah memberikan peringatan dan nasihat kepada murid agar menjaga disiplin supaya tidak terjebak dengan budaya buli, terutamanya buli lisan dan buli emosi dan menjadi adab serta akhlak, terutamanya adab terhadap guru dan adab semasa belajar. Di akhir ucapan Pn Fatimah berharap murid-murid sentiasa fokus dan bersemangat dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Majlis perhimpunan ditutup dengan nyanyian lagu sekolah. (Majlis perhimpunan pada pagi ini tidak dapat diadakan di dataran sekolah dan telah diadakan di dewan terbuka kerana hujan). 

Wednesday, 12 February 2025

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2025 SKPHT




 Mesyuarat Guru (Pengurusan, Kurikulum, HEM dan Kokurikulum) telah diadakan buat kali pertama bagi sesi 2025.

Mesyuarat kali ini telah dihadiri 16 orang guru.

Mesyuarat membincangkan berkaitan perancangan setiap unit pengurusan yang ada bagi sepanjang sesi 2025.

SELAMAT BERKHIDMAT DI SEKOLAH BAHARU


 Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Nordin di atas khidmat bakti dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang 30 tahun menabur bakti di SK Parit Haji Taib ini.


Pihak sekolah mendoakan kejayaan buat Tuan Haji Nordin di tempat baharu iaitu SK Seri Siakap. Mudah-mudahan ukhwah yang terjalin selama ini kekal buat selamanya walau di mana berada. 


Selamat maju jaya.

Monday, 12 February 2024

REKOD TASMIK MURID DI RUMAH SEPANJANG CUTI SEKOLAH

Saturday, 24 September 2022

SEKOLAHKU SEJAHTERA SK PARIT HAJI TAIB 2022


Berikut adalah barisan pihak pentadbir  yang baharu bagi sesi persekolahan 2022- 2023 SK Parit Haji Taib. Guru Besar, Ustaz Mohd Yusof Bin Shoib, Penolong Kanan Pentadbiran Encik Mohd Nor Jismi Bin Ahmad Zakaria, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Fatimah Binti Masdar dan Penolong Kanan Kokurikulum pula ialah Puan Rosliza Binti Abd Rahim. Semoga SK Parit Haji Taib lebih cemerlang  dan gemilang di bawah pentadbiran baharu yang mantap dan berkaliber ini, insyaAllah.

PERTANDINGAN EDU FARMING PERINGKAT SEKOLAH RENDAH 2022


 Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, pada tahun ini SK Parit Haji Taib dapat turut serta  menyertai pertandingan EDU Farming 2022 Peringkat Negeri Perak. "Faiza  'azamta fatawakall 'alallah, Innallaha yuhibbul 'ala mutawakkilin" . Empat buah sekolah dari daerah Kerian telah menyertai pertandingan Edu Farming pada tahun ini. Dua buah masing-masing mewakili kategori sekolah rendah dan kategori sekolah menengah. SK Changkat Lobak dan SK Parit Haji Taib telah mewakili kategori sekolah rendah, manakala SMK Gunong Semanggol dan SMK Seri Kurau pula  mewakili  ketegori sekolah menengah.