Showing posts with label Ko-Kurikulum. Show all posts
Showing posts with label Ko-Kurikulum. Show all posts

Saturday, 19 September 2015

SKPHT JOHAN LAGI PERINGKAT NEGERI



Seluruh warga SKPHT mengucapkan tahniah kepada dua orang murid ini iaitu adik Nor Kamalia Bt. Mohd Said dan Nurin Hanis Bt. Mohamad Kamal dari SK Parit Haji Taib kerana telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan Rutin Harian pada Karnival Puteri Islam 2015 peringkat Negeri Perak. Terdahulu mereka telah mendapat Johan dalam acara yang sama di peringkat daerah. Difahamkan untuk kategori sekolah menengah daerah Kerian menyandang tempat ke-2. Tahniah juga kepada guru2 pemimpin PPIM SKPHT terutamanya Pn. Hjh Asmah Bt Lokman.

Tuesday, 6 May 2014

TAHNIAH! ! ADIK NUR FARAHIN BT. TARMIZI

Alhamdulillah puji-pujian bagi Allah SWT selawat serta salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW.
Hari ini 6 Mei 2014 sekitar jam 2.00 hingga 5.30 petang telah diadakan Pertandingan Bercerita Bahasa Melayu Kelompok 3 yakni dalam lingkungan zon Bagan Serai. Pertandingan telah diadakan di SK Seri Siakap yang merupakan  tuan rumah pada tahun ini. SK Parit Haji Taib turut menghantar dua orang peserta bagi membawa cabaran dan saingan dalam pertandingan ini. Dua peserta terebut mewakili  dua kategori yang dipertandingkan iaitu tahap satu dan tahap dua. Murid yang dimaksudkan ialah Nur Farahin Bt. Tarmizi dan . Dua orang murid ini telah dilatih dan dibimbing oleh Tn Hj Mohd Nasir Hj Samsuri selalu Guru Cemerlang B.Melayu. Beliau turut dibantu oleh beberapa orang guru lain dari panitia yang sama. Diringkaskan cerita salah seorang daripada peserta SKPHT telah dipilih sebagai Johan dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada adik Nur Farahin (Johan) dan adik Nur Ain Natasha Bt. Mohd Yusri mendapatkan tempat ke-4 (Sijil Penyertaan) Insha allah adik Nur Farahin akan mewakili sekolah dan kelompok di peringkat daerah dalam masa terdekat.

Tuesday, 29 April 2014

LATIHAN RUMAH SUKAN SEMPENA KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA 2014

Alhamdulillah puji-pujian bagi Allah SWT selawat serta salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW.

Hari ini telah diadakan latihan rumah sukan sebagai persediaan persaingan di samping memilih peserta yang benar-benar berpotensi untuk mewakili rumah sukan kelak. Latihan adalah  mengikut kumpulan,  hari ini Rumah Merah dan Kuning menjalani latihan bersama dan Rumah Biru dan Hijau pada hari berikutnya sehinggalah menjelang tarikh sebenar kejohanan berlangsung.

Monday, 28 April 2014

PROGRAM NEAR MISS CEMERLANG MATEMATIK 2014

Alhamdulillah puji-pujian bagi Allah SWT selawat serta salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW.

Bertempat di Sk Matang Gerdu telah diadakan Program Near Miss Cemerlang Matematik bagi sesi 2014. Pihak SKPHT telah diamanahkan sebagai pengendali program tersebut.  Murid terlibat adalah dari sekolah - sekolah Kelompok 3.

Sunday, 27 April 2014

KERIAN JOHAN SOFBOL PERINGKAT NEGERI PERAK 2014

Alhamdulillah puji-pujian bagi Allah SWT selawat serta salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW.
     Pada tanggalkan 25 hingga 27 April yang lalu telah diadakan Pertandingan Sofbol peringkat Negeri Perak. Sepuluh daerah telah turut serta dalam pertandingan ini. Tahniah diucapkan kepada pasukan sofbol dari Kerian kerana merangkul gelaran Johan Negeri Perak bagi sesi 2014.  3 orang murid dari Sk Parit Haji Taib adalah antara pemain yang mewakili  pasukan Kerian. Pasukan dari Kerian telah menempa gelaran sebagai "sang juara" setelah mengharungi beberapa perlawanan yang senget dan mencabar. Tahniah juga kepada Ustz Farid B. Hamzah guru yang bertanggungjawab membawa 3 orang murid ini di arena sukan  pada peringkat negeri. Beliau juga merupakan salah seorang jurulatih Daerah Pasukan Sofbol.
    

Monday, 14 April 2014

TAHNIAH NURARYSYA BT. SUHAILI


 Gambar ini semasa mereka berdua Tahun 1 (2009)

 Alhmdulillah  segala puji hanya bagi Allah Selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW.
           Seluruh warga pendidik di SKPHT merakamkan ucapan tahniah kepada NurArysya Bt. Suhaili kerana telah berjaya menamatkan misi Perkhemahan Unit Beruniform Murid-Murid Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan (Puteri Islam) dengan jayanya. NurArysya adalah salah seorang peserta yang dipilih mewakili Negeri Perak dan juga dari Daerah Kerian.
          Terdahulu 2 orang murid dari SKPHT telah mengikuti Perkhemahan Unit Beruniform di Peringkat Daerah (Puteri Islam)  yang telah diadakan di SK Bukit Merah Bagan Serai Perak. Perkhemahan tersebut telah diadakan pada 21 dan 22 Februari 2014 yang lepas. Murid yang dimaksudkan ialah Nadzirah Balqis Mohd Hatta dan NurArysya sendiri. Pada perkhemahan tersebut kedua-dua murid ini telah dipilih untuk mengikuti Latihan Perkhemahan Pusat pula yang sebagai saringan pemilihan peserta ke perkhemahan peringkat kebangsaan. Latihan perkhemahan ini pula telah diadakan pada 13 dan 14 Mac 2014 dan bertempat di SK Baharu Parit Buntar.
          Setelah tamat latihan perkhemahan peringkat pusat, NurArysya Bt. Suhaili  antara peserta yang bertuah kerana telah dipilih mewakili Negeri Perak untuk Perkhemahan Unit Beruniform  Peringkat Kebangsaan. Admin difahamkan hanya 2 orang sahaja peserta dari Daerah Kerian yang dipilih mewakili Perak. Dalam saringan pemilihan ini, pelbagai aspek telah dinilai, Antaranya ialah kemahiran pertolongan cemas, kepimpinan, masakan, ikatan, intergriti, kerjasama dan orienteering.
          Perkhemahan Peringkat Kebangsaan telah diadakan di  Kem Timah Tasoh Kaki Bukit Perlis yang telah diadakan pada 9 hingga 13 April 2014. Sebelum itu latihan pusat peringkat kebangsaan pula telah diadakan pada 7 hingga 9 April di Pulares Batu Gajah. Pihak sekolah juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada guru pemimpin Puteri Islam sekolah Hjh Asmah Bt Lokman serta rakan-rakan pemimpin yang lain kerana dapat melahirkan murid yang berkualiti dan berketrampilan.
         
 Menerima Sijil Penghargaan dari Tn Guru Besar 

Tuesday, 12 November 2013

AKHIRNYA SKPHT JOHAN SOFBOL DAERAH KERIAN 2013



Pada bulan Julai 2013 permainan sofbal telah diperkenalkan kepada murid-murid di SK Parit Haji Taib. Guru yang memainkan peranan penting dalam memperkenalkan permainan ini ialah al-Fadhil Syeikh Mohd Farid Bin Hamzah. Diringkaskan cerita, pada bulan yang sama beliau telah mengutarakan hajat kepada pihak pentadbiran untuk menubuhkan pasukan sofbal di SKPHT. Setelah mendapat lampu hijau, beliau telah dibantu oleh beberapa orang guru sebagai jurulatih dan penyelaras dan beliau sendiri sebagai pengurus pasukan. Sesi pemilihan diadakan hampir 3minggu dan setelah mendapat pemain yang berbakat, latihan telah diadakan dengan gigih. Hasilnya pada 4 November 2013 pasukan Perempuan mendapat tempat ke-3 Daerah Kerian dan pada 11 November 2013 pasukan Lelaki pula menjadi Johan Daerah Kerian menumpaskan Johan pada Tahun sebelumnya iaitu SK Seri Kerian P. Buntar.
Menunggu mengambil pingat

Danial Nordin pemain terbaik perlawanan
Tempat ke3 pasukan Sofbol Perempuan

Sunday, 25 August 2013

PERHIMPUNAN MINGGUAN KALI KE-31

26 Ogas 2013 seperti biasa telah diadakan perhimpunan mingguan sekolah. Minggu ini merupakan giliran En. Khairul Kamal B. Abd Rahman sebagai guru bertugas mingguan. Beliau telah menyampaikan ucapan dengan tema "Kemerdekaan" . Selain mengulas perkara berkaitan dengan sejarah kemerdekaan, beliau juga turut menerangkan program serta aktiviti yang akan diadakan sepanjang bulan kemerdekaan yang akan berakhir pada September 2013.

Saturday, 6 April 2013

SEPAK TAKRAW DAN BOLA TAMPAR 20l3


     Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana pada minggu ini telah dikurniakan olehNya dua kemenangan dan kejayaan murid-murid SK Parit Haji Taib dalam perlawanan Sepak Takraw Peringkat Kelompok dan Bola Tampar Peringkat Daerah. Pada hari Khamis yang lepas telah diadakan Kejohanan Sepak Takraw bagi sekolah-sekolah Kelompok 3. SKPHT atau lebih dikenali dengan SEPARIT @Sk Parit Taji Taib telah mendapat tempat N. Johan. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh En Jamaluddin B. Yusof selaku PK Pentadbiran yang menggantikan tuan guru besar.

      Selain itu, turut diadakan Kejohanan Bola Tampar peringkat Daerah yang telah diadakan di SJKC Tong Wah Bagan Serai pada hari Sabtu 6 April 20l3. Satu lembaran sejarah baru telah tercipta apabila penyertaan kali pertama pertadingan Bola Tampar oleh SEPARIT pada tahun ini, dan telah mendapat JOHAN Daerah bagi kategori perempuan. Manakala bagi kategori lelaki SEPARIT terpaksa akur apabila tewas kepada SK Jalan Matang Buluh, walaupun pada masa yang sama team SEPARIT mempersembahkan permainan yang cukup berkualiti. Namun rezeki tidak menyebelahi. 'Alla kulli hal, tahniah diucapakan En. Khairul Kamal selaku pengurus menrangkap  jurulatih team Bola Tampar SEPARIT dan jurulatih lain seperti En Farizal, En Helmey dan semua guru yang terlibat mencipta sejarah baru di SKPHT.

 Untuk melihat lain-lain gambar sila KLIK di Sini

Tuesday, 19 March 2013

TAHNIAH KEPADA ADIK NAZZATUL HANNA

 Tahniah diucapkan kepada adik Nazzatul Hanna Bt Mohd Kamal kerana telah berjaya meraih tempat dalam pertandingan tulisan "Khat" peringkat zon Bagan Serai dan Semanggol. Pertandingan telah diadakan di SK Gunong Semanggol pada petang 18 March 2013. Kemenangan ini membolehkan adik Nazzatul Hanna ke peringkat Daerah untuk pertandingan akhir. Pertandingan akhir akan diadakan pada 23 March 2013 pada hari Sabtu. Pada hari tersebut juga dipertandingkan acara-acara lain seperti Tilawah Al-Quran, Hafazan, Pertandingan Bercerita Kisah-kisah Al-Quran dan Pertandingan Nasyid. 


Terdahulu adik Nurul Izzati Bt Rosli telah berjaya menjadi Johan dalam pertandingan bercerita peringkat zon Bagan Serai yang telah diadakan di Sk Parit Haji Aman 2 minggu lepas. Oleh yang demikian 2 orang murid dari SK Parit Haji Taib telah berjaya melayakkan diri bagi mengharungi cabaran pertandingan di peringkat daerah dalam dua acara yang berbeza. Warga SK Parit Haji Taib mendoakan dua orang murid ini, masing-masing berjaya dalam mengharungi pertandingan ini. Terima Kasih dan tahniah juga diucapkan kepada KP Pendidikan Islam Pn Hjh Nor Hashimah Hj Aini selaku guru yang banyak bekerja keras bagi memperoleh kejayaan ini. Tahniah juga kepada gur-guru yang lain yang terlibat secara tidak langsung.


Saturday, 2 March 2013

MTQ ZON BAGAN SERAI



Sabtu, 2 March 2013 bertempat di SK Parit Haji Aman telah diadakan MTQ zon Bagan Serai. Dalam majlis tersebut beberapa acara telah dipertandingkan. Acara yang dipertandingkan adalah seperti Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Bercerita Kisah Al-Quran. Dalam pertandingan tersebut SK Parit Haji Taib telah berjaya mendapat tempat pertama ( JOHAN ) dalam acara bercerita  "Kisah Al-Quran" yang telah diwakili oleh adik Nur Izzati Liyana Bt Rosli. Dalam acara lain, wakil dari Sk Parit haji taib hanya mendapat sijil penyertaan.




KEPUTUSAN KESELURUHAN MTQ ZON BAGAN SERAI

1 SK TELOK MEDAN 7 5 5 10 27
2 SK PARIT HAJI AMAN 5 10 7 22
3 SK SUNGAI BOGAK 10 10 20
4 SK BAGAN SERAI 7 7 5 19
5 SK JALAN MATANG BULUH 7 5 12
6 SK ALOR PONGSU 5 7 12
7 SK PARIT HAJI TAIB 10 10
8 SABK AR-RIDHWANIAH 10 10
9 SK DATO' MAS'UD 0
10 SK MATANG JELUTONG 0
11 SK CHANGKAT LOBAK 0
12 SJK ( C ) TONG WAH 0
13 SJK ( C ) ALOR PONGSU 0

Johan 10 mata 
N. Johan 7 mata 
Ketiga 5 mata 

Saturday, 9 February 2013

KEM BESTARI SOLAT 2 SESI 2013

Alhamdulillah unit j-qaf bersama panitia Pendidikan Islam SK Parit Haji Taib telah berjaya mengadakan Kem Bestari Solat Kali ke-2 pada 9 FEBRUARI bagi sesi 20l3. Bagi kem kali ini adalah khusus kepada pelajar Tahun 5 dan Tahun 6. Kem telah diadakan seperti yang dirancang. Kem berjalan dengan lancar. Pada kali ini pengisian adalah teori tayammum dan amali tayammum bagi murid Tahun 5. Manakala bagi murid Tahun 6 pengisian mengenai teori solat jenazah dan amali. Kem telah diselenggarakan oleh fasilitator yang terdiri daripada guru j-qaf dan gpi. Berikut adalah antara gambar-gambar yang sempat dirakamkan.

Wednesday, 6 February 2013

KEM BESTARI SOLAT

KEM BESTARI SOLAT TAHUN SESI 2013 Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah, di bawah Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan Kem Bestari Solat bagi murid Tahun Lima dan Tahun Enam. Sehubungan itu, semua murid adalah diwajibkan untuk menyertai kem tersebut. 3. Butiran program adalah seperti berikut: Tarikh : 9 Februari 2013 Hari : Sabtu Masa : 8:00 - 12:00 tengahari 4. Para pelajar juga dikehendaki membawa bersama songkok (pelajar lelaki) telekung (pelajar perempuan), serta keperluan lain seperti alat tulis. 5. Kerjasama dan kesudian pihak tuan/puan bagi menjayakan program tersebut didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Sekian terima kasih, “ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ” Saya yang menurut perintah, ……………………………………………... ( EN ABU BAKAR BIN SAAD) GURU BESAR SK PARIT HAJI TAIB

Friday, 25 January 2013

KEJOHANAN MERENTAS DESA 20l3

Alhamdulillah, walaupun hujan turun seawal subuh, akhir berhenti juga di pagi hari selepas program bacaan surah Yasin. Hari ini 25 Januari 20l3 telah diadakan acara merentas desa peringkat sekolah di SK Parit Haji Taib. Acara yang dijangkakan tidak dapat diadakan disebabkan hujan, akhirnya berjalan dengan lancar selepas berhentinya hujan. Acara dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Merentas Desa C, B dan A. Kategori C melibatkan murid yang terdiri dari Tahun Satu dan Dua. Kategori B pula melibatkan murid Tahun Tiga dan Empat dan seterusnya kategori A bagi murid Tahun Lima dan Enam. Berikut adalah anatara gambar-gambar sepanjang aktiviti merentas desa @ SK Parit haji Taib 20l3
Untuk melihat gambar-gambar lain sepanjang aktiviti sila ke SKPHTPSS