Showing posts with label 2017. Show all posts
Showing posts with label 2017. Show all posts

Tuesday, 15 August 2017

TERIMA KASIH BANK RAKYAT




Rabu, 16 Ogos 2017.SKPHT telah menerima kunjungan dari pihak Bank Rakyat Cawangan Bagan Serai. Bagi menyampaikan sumbangan Countdown Timer  UPSR  2017. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih atas keprihatinan dan sokongan pihak BRMB kepada calon-calon UPSR SKPHT 2017. 

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN 2017

Alhamdulilah hari ini pihak sekolah telah mengadakan pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan ke 60 peringkat sekolah.



Tuesday, 28 March 2017

Alhamdulilah..pada 28 mac 2017 .pihak sekolah telah menerima 2 buah Yes Zoom 4 Mbps dari pihak YTL untuk kegunaan dalam bilik makmal komputer.

Sunday, 26 March 2017

PERHIMPUNAN MINGGU KE-11 SESI 2017

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah Subhanallahu Wa Ta'ala kerana perhimpunan pada pagi ini dapat diadakan dan berjalan dengan lancar. Majlis dimulai dengan bacaan doa dan diteruskan dengan nyanyian lagu "Negaraku" serta lagu "Negeri Perak". Perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru bertugas En Khairul Kamal Bin Abd Rahman. Tema ucapan beliau tentang kebersihan. Beliau menekankan tentang pentingnya menjaga kebersihan diri, pakaian tempat tinggal dan sekolah. Majlis perhimpunan diteruskan dengan ucapan guru besar En. Abd Aziz Bin Jamaludin. Beliau juga mengingatkan murid tentang perlunya menjaga kebersihan kerana ia berkait dengan kesihatan. Beliau telah menyebut beberapa penyakit bahaya akibat tidak menjaga  kebersihan seperti penyakit denggi dan sebagainya. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu sekolah.