Monday, 8 June 2026

MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI MINGGUAN SEKOLAH 8 JUN 2026

Setelah bercuti lebih kurang dua minggu, hari ini 8 Jun 2026 sesi persekolahan penggal kedua telah bermula.  Majlis perhimpunan rasmi telah diadakan pada hari ini di SK Parit Haji Taib dalam keadaan aman dan harmoni. Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh pengerusi majlis iaitu pengawas bertugas adik Aisyah Hani Bt Mohd Taib. Perhimpunan dimulakan dengan memohon keberkatan dengan menjemput  adik Naqib Naqiuddin B. Mohd Nasir selaku pengawas bertugas untuk memimpin bacaan doa. Seterusnya majlis diteruskan dengan nyanyian lagu "Negaraku" dan lagu "Negeri Perak". Selanjutnya pembacaan ikrar yang diketuai oleh adik Nur Dhia Qairina Bt Mohd Fuad. Minggu ini merupakan Minggu ke - 19 persekolahan. Guru yang bertugas pada minggu ini ialah Pn Nor Madiah Bt. Abd Wahab dan Pn Nur Farahin Bt. Abd Rahman. Ucapan guru bertugas telah disampaikan oleh Pn. Nor Madiah :
1. Tema ucapan pada minggu ini bertajuk "Hidup Berkasih Sayang" merupakan salah satu amalan nilai murni dalam kehidupan. 
2. Info PPDA berkaitan tentang dadah dan alkohol.
3. Penyampaian sijil anugerah kepada murid-murid yang telah berjaya menyertai aktiviti/program dan pertandingan.
4. Ucapan GPK Pentadbiran Pn Fatimah Bt Masdar.
Pn. Fatimah telah memberikan peringatan dan nasihat kepada murid agar menjaga disiplin supaya tidak terjebak dengan budaya buli, terutamanya buli lisan dan buli emosi dan menjadi adab serta akhlak, terutamanya adab terhadap guru dan adab semasa belajar. Di akhir ucapan Pn Fatimah berharap murid-murid sentiasa fokus dan bersemangat dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Majlis perhimpunan ditutup dengan nyanyian lagu sekolah. (Majlis perhimpunan pada pagi ini tidak dapat diadakan di dataran sekolah dan telah diadakan di dewan terbuka kerana hujan). 

0 comments:

Post a Comment