SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Thursday 16 April 2020

COVID19 : PEPERIKSAAN DIBATAL DAN DITUNDA PERSEKOLAHAN 2021 AKAN DIKAWAL BAIK


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui menterinya, Dr. Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan, hanya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) telah dibatalkan pada tahun ini. Sementara itu, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula telah ditangguhkan.
Lanjutan daripada perkembangan semasa dalam negara berikutan wabak COVID-19, Mohd Radzi yang ditemui dalam sidang media di bangunan Perdana Putra menyatakan, pembukaan sekolah hanya melibatkan kelas peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan peperiksaan antarabangsa yang setara.
Beliau memaklumkan bahawa tarikh peperiksaan SPM dan SVM akan ditunda kepada suku pertama tahun 2021. Peperiksaan STAM juga akan diadakan dalam suku pertama 2021, manakala bagi STPM, tarikh peperiksaan Semester 2 diubah kepada bulan Ogos 2020, dan Semester 3 dalam suku pertama tahun 2021.
Semua penundaan ini akan memberi kesan kepada kemasukan ke peringkat pengajian tinggi. Oleh itu, KPM dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menangguhkan tarikh kemasukan baru ke institusi pengajian tinggi (IPT), iaitu bagi program asasi, matrikulasi dan peringkat diploma sehingga Julai atau Ogos 2021, dan program ijazah pada September atau Oktober 2021.
KPM turut faham dan prihatin terhadap kebimbangan bahawa akan terjadi pertindihan antara pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima apabila penggal peperiksaan ditunda. Mohd Radzi menjelaskan bahawa telah tersedia beberapa pilihan atau kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan tidak berlaku kesesakan kemasukan berganda bagi pelajar-pelajar kelas peperiksaan awam pada tahun hadapan.
Para Ibu bapa dan pelajar tidak perlu risau tentang perkara kesesakan kemasukan berganda bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan-peperiksaan yang ditunda ke tahun 2021. KPM akan memastikan pengurusan dan kaedah yang paling baik akan dipertimbang dan dilaksanakan. Perkara-perkara ini sedang dalam proses perincian bagi menghasilkan satu kerangka yang jelas dan akan diumumkan kelak.

Wednesday 15 April 2020

WARGA SK PARIT HAJI TAIB SESI 2020


Warga SK Parit Haji Taib bagi sesi 2020.





Monday 13 April 2020

BUKU TEKS DIGITAL SEKOLAH RENDAH SEMUA MATA PELAJARAN


Buku Teks Digital (Fail PDF) boleh dimuat turun sekarang. Semua mata pelajaran Tahun 1 hingga Tahun 6. Klik pada nama Tahun dan Judul untuk proses muat turun. Sumber daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. 


📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 1                          

📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 2                                    

📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 3                                 

📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 4                              

📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 5                                  

📌Himpunan Buku Teks Digital Tahun 6 


Semoga Bermanfaat                           

PEMBELAJARAN DI RUMAH SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)


Di sini dikongsikan soalan-soalan kuiz online yang sangat menarik bagi setiap mata pelajaran dan setiap tahun (Tahun 1 hingga tahun 6) Bahan-bahan ini telah disediakan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Semoga bermanfaat kepada murid bagi mengisi masa terluang semasa musim PKP kerana negara masih dilanda wabak covid-19.




4. SAINS



7. SEJARAH


Thursday 9 April 2020

DOWNLOAD DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 - TAHUN 6


Assalamualaikum.. di sini boleh muat turun DSKP Pendidikan Islam Tahun 1 hingga Tahun 6. Klik padaDSKP yang hendak dimuat turun. Semoga bermanfaat.

BUKU TEKS DIGITAL PENDIDIKAN ISLAM SESI 2020




Assalamualaikum.. di sini boleh dimuat turun buku teks Pendidikan Islam Tahun 1 hingga Tahun 6. Klik pada judul buku yang hendak dimuat turun. Semoga bermanfaat.

Sunday 5 April 2020

BAHAN PEMBELAJARAN DI RUMAH SEMASA PKP CONVID-19


Assalamualaikum, di sini dikongsikan beberapa bahan pembelajaran Pendidikan Islam. Semoga bahan-bahan ini bermanfaat dan berguna kepada murid untuk belajar dan mengulangkaji pelajaran di rumah semasa berada dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) kerana negara kita sekarang dilanda wabak convid-19 yang memerlukan kita sentiasa duduk di rumah. 

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4

SOALAN KUIZ AQIDAH SIRI 1
Dikongsi Oleh: Syafiqah Nabilah

SOALAN KUIZ AQIDAH SIRI 2
Dikongsi Oleh: Ustzh Siti Noraziah

SOALAN KUIZ AQIDAH  SIRI 3
Disediakan Oleh:Ustzh Zahrah

SOALAN KUIZ IBADAH SIRI 1
Dikongsi Oleh: Siti Noraziah

SOALAN KUIZ IBADAH SIRI 2
Dikongsi Oleh: Khairuzzah

SOALAN KUIZ IBADAH SIRI 3
Dikongsi Oleh:  Syazwani

SOALAN KUIZ ADAB AKHLAK
Dikongsi Oleh: Syafiqah Nabilah

SOALAN KUIZ JAWI
Dikongsi Oleh: Syafiqah Nabilah



PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5

SOALAN KUIZ AQIDAH
Disediakan Oleh: Ustzh Nurhayuni

SOALAN KUIZ AL-QURAN
Disediakan Oleh: Ustzh Nurhayuni

SOALAN KUIZ AFAZAN
Dikongsi Oleh: Syafiqah Nabilah

SOALAN KUIZ IBADAH
Dikongsi Oleh : Salmi Suhana

SOALAN KUIZ SIRAH SIRI 1
Dikongsi Oleh : Nor Hanoni Hashim

SOALAN KUIZ SIRAH SIRI 2
Disediakan Oleh : Ustaz Azam Mahat

SOALAN KUIZ ADAB AKHLAK
Disediakan oleh : Ustazah Yusmarina

SOALAN KUIZ PELAJARAN JAWI
Dikongsi Oleh: Syafiqah Nabilah



PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6

SOALAN KUIZ HUKUM TAJWID
Disediakan  Oleh: Ustzh Zulfa

SOALAN KUIZ IBADAH
Disediakan Oleh: Ustazah Zahrah


Dikongsi Oleh: Ustzh Nurul Nadzirah

Dikongsikan Oleh:Ustzh Izdatul Fazlina