Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts

Friday, 27 February 2015

MTQ 2015 ZON BAGAN SERAI

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... 
        Pada 24hb Februari 2015 telah diadakan Majlis Tadarus Quran bagi Sesi 2015. SK Parit Haji Taib telah diberikan kepercayaan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kerian sebagai pengelola atau tuan rumah bagi menjayakan majlis tersebut di Peringkat Zon Bagan Serai. Sebanyak 12 dari 13 buah sekolah telah turut serta dalam penyertaan pertandingan. Hanya 3 acara utama dipertandingkan iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan dan Pertandingan Bercerita Dari Kisah Al-Quran. Ketiga-tiga acara ini dalam kategori berasingan bagi peserta lelaki dan perempuan.
    Syukur kepada Allah Swt kerana majlis telah dapat diaksanakan hingga ke penghujungnya dan berjalan seperti yang dirancang. Jazakallahu khairan kepada semua pihak yang membantu menjayakan majlis ini yang terlibat secara langsung atau sebaliknya. Ucapan Tahniah kepada semua peserta yang telah berjaya mendapat 3 tempat terbaik. Kepada peserta yang lainnya semoga dapat berusaha dengan lebih gigih lagi pada pertandingan akan datang. Seperti bunyi pesanan pepatah arab yang bermaksud " Siapa yang bersungguh ia akan berjaya dan siapa yang bercucuk tanam ia akan dapat hasilnya".Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakamkan. Untuk melihat gambar-gambar yang lain sila klik pada link berikut :

ALBUM 1     ALBUM 2 

Sila klik pada link berikut untuk melihat gambar-gambar yang lain : 

Sunday, 25 January 2015

PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE-3 SESI 2015

السلام  عليكم  ورحمة  الله  وبركاته 
Alhamdulillah, majlis  perhimpunan  mingguan bagi minggu  ke-3 telah  berjaya dengan lancar.  Pada minggu  ini  adalah  giliran  cikgu  Norizan  Bt. Arshad selaku  guru  bertugas. Topik perhimpunan  pada minggu  ini  ialah  "Masa  itu  emas". Guru bertugas  telah  mengupas  dengan  baik topik  ini. Majlis  diteruskan  dengan  ucapan  En. Khairuddin B.Ibrahim selaku guru  disiplin. Seterusnya majlis perhimpunan  dilengkapkan dengan ucapan  PK  Hem  En. Mohamad  Kamal  Hj.  Sabri.

Sunday, 18 January 2015

PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH MINGGU KE-2

Alhamdulillah  bersyukur  ke  hadrat  Allah  Swt, selawat  dan salam  ke  atas  junjungan  besar  Rasulullah  Saw. Hari  ini majlis  perhimpunan  mingguan  telah  berjalan  seperti biasa. Majlis dipengerusikan  oleh P. Ketua  Pengawas  Najah  Nasuha  Bt. Mohd Salji. Guru  bertugas  pada  kali  ialah  Pn  Noradyani  Bt. Salim. Topik  ucapan  beliau  adalah  "Usaha  Kunci  Kejayaan". Beliau  turut  menyampaikan beberapa  tips  untuk  berjaya dalam  konteks sebagai seorang  murid. Setetusnya majlis  diteruskan  dengan ucapan  PK HEM. Beberapa  peringatan  berkaitan  etika  berpakaian  dan  disiplin  telah disampaikan  dalam  ucapan  beliau. Beliau  mengakhiri  ucapan  dengan berharap  murid  sentiasa  menjaga  tatasusila  sebagai  seorang murid. Majlis diakhiri  dengan  bacaan  doa  oleh  pengawas  bertugas.

Sunday, 24 August 2014

PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE - 31

Alhamdulillah puji-pujian bagi Allah SWT selawat serta salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW.  Minggu ini adalah minggu ke -31 persekolahan. Guru bertugas pada minggu ini ialah En.Nordin B. Jaafar.  Tema perhimpunan pada minggu ini adalah "menghayati erti kemerdekaan". Secara ringkasnya guru bertugas telah menerangkan sejarah kemerdekaan dengan baik sekali. Fakta - fakta yang disebut  tepat seperti nama peluang kemerdekaan dan tarikh-tarikh penting. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan perasmian sambutan kemerdekaan kali ke-57 yang telah disempurnakan oleh PK1 En. Jamaluddin B. Yusof.

Monday, 21 July 2014

Salam Aidilfitri dari warga Sk Parit Haji Taib 2014

SKPHT SALAM RAYA 2014: http://youtu.be/K33QIOVA5Rk

Sunday, 15 June 2014

PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE -22

Alhamdulillah puji-pujian bagi Allah SWT selawat serta salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW.
    Bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinNya pagi ini telah berjaya diadakan perhimpunan mingguan bagi minggu ke-22. Guru bertugas pada minggu ini 16 Jun - 21 Jun ialah Pn Hjh Asmah Bt Lokman. Topik ucapan beliau adalah "menghargai guru".

Wednesday, 11 June 2014

SKPHT GEMILANG 2014

skpht gemilang: http://youtu.be/8WMvyVivT_c

Sunday, 4 May 2014

PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE - 18

Alhamdulillah puji-pujian bagi Allah SWT selawat serta salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW.
Minggu ini merupakan minggu ke-18 persekolahan. Guru bertugas pada minggu ini adalah En. Mustafa Kamal B. Hj Ahmad. Topik atau tajuk ucapan beliau pada pagi ini berkenaan "berbudi dan membalas budi". Ucapan beliau amat menarik dapat menarik minat dan kekusyukan semua murid untuk mendengar. Bahasa yang digunakan sesuai dan mudah difahami.
Beliau turut mendatang mafhumnya hadis berikut sebagai hujah ucapan.
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ :يَا رَسُوْلَ اللهِ، مَنْ أَحَقُّ النَّاسِ بِحُسْنِ صَحَابَتِي؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ؟ قَالَ أُمُّكَ، قَالَ ثُمَّ مَنْ، قَالَ أَبُوْكَ
Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, belia berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.’” [HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548]
Subhanallah
Semoga kita senantiasa dapat menjadi anak yang berbakti kepada kedua orangtua
Like

Sunday, 27 April 2014

PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE -17

Alhamdulillah puji-pujian bagi Allah SWT selawat serta salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW.

Minggu ini majlis perhimpunan telah dapat diadakan dan berjalan dengan lancar. Guru bertugas adalah Ustazah Noralwani Bt. Zulkifli. Topik pada minggu ini adalah berkaitan dengan tanggungjawab insan terhadap alam sekitar. Beliau telah berucap panjang mengenainya dan memberikan kesedaran pada murid tentang kebaikan memelihara alam sekitar dan kesan jika mengabaikan tanggungjawab ini. Kredit buat guru bertugas.

Sunday, 13 April 2014

PERHIMPUNAN MINGGUAN MINGGU KE-15

Alhamdulillah puji-pujian bagi Allah SWT selawat serta salam kepada junjungan besar Rasulullah SAW. Hari ini merupakan minggu yang ke-15 persekolahan bagi sesi 2014 dan guru yang bertugas adalah Pn. Nor Wahida Bt. Idris. Tema ucapan pada minggu ini ialah "taat dan kasih kepada negara". Turut diadakan penyerahan Lencana Pencetus Kecemerlangan UPSR "Button Badge" kepada semua murid Tahun 6. Penyerahan telah disempurnakan oleh Tn Guru Besar En. Abu Bakar B. Saad diiringi oleh En. Jamaluddin B. Yusof dan dipengerusikan oleh setiausaha Kecemerlangan UPSR Tn Hj Mohd Nasir Hj Samsuri. Selain itu, turut dilancarkan Minggu Anti Dadah di bawah Program Pendidikan Pencegahan Dadah. Majlis telah disempurnakan dengan ucapan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Perak yang telah dibacakan oleh En. Mohamad Kamal Hj. Sabri. Pelancaran Minggu Anti Dadah ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar. Majlis perhimpunan diakhiri dengan bacaan doa penutup.
Perhimpunan Minggu ke-15
 
Guru bertugas sedang berucap
 
Cuaca kelihatan baik
 
Tn Guru Besar Menyampaikan Button Badge 5A
 
Tuan Guru Besar berucap ketika merasmikan Pelancaran Program

Tuesday, 8 April 2014

TAMAN HERBA MINI DI SKPHT

Alhamdulillah puji-pujian bagi Allah SWT, dan Selawat serta salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW.  Kini di salah satu sudut di kawasan sekolah yakni bahagian belakang surau sekolah telah ada satu usaha mewujudkan TAMAN HERBA MINI. Usaha ini telah dicadangan atau diketuai oleh Ustazah Noraini Hamzah dan dibantu oleh Ustazah Noralwani dan beberapa orang guru lain serta pekerja sekolah. Terdapat pelbagai jenis tumbuhan herba atau tumbuhan kesihatan telah di tanam. Semoga hasil usaha ini berjaya.
Orang kuat Taman Mini Herba
 
Orang kuat Taman Mini Herba 
 
Sedang menyiram tanaman herba
 
Kerja-kerja membasahi tanaman herba
 
Turut sama menyiram
 
Tahniah... 

Sunday, 6 April 2014

Assembly Minggu ke-14

Alhamdulillah pujian bagi Allah selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW. Minggu ini adalah minggu ke-14 persekolahan dan guru yang bertugas adalah En.Nordin B. Jaafar. Tajuk atau tema yang disampaikan adalah berkenaan amanah dan tanggungjawab. Beliau turut menyentuh ayat dari surah al-anfal ayat 27. Dalam konteks sebagai murid beliau menekankan tanggungjawab yang perlu diketahui oleh semua murid mengenainya. Kredit untuk  En.Nordin B. Jaafar.


Wednesday, 25 December 2013

LOKASI SK PARI HAJI TAIB

Sk Parit Haji Taib terletak di Bagan Serai, Daerah Kerian. Berikut adalah kedudukan SK Parit Haji Taib yang dapat dilihat melalui Satelit.

Sk Parit haji Taib dari pekan Bagan Serai.

Luas dan persekitaran Sk Parit Haji Taib dilihat melalui Satelit

Thursday, 25 July 2013

PERISTIWA NUZUL AL-QURAN



Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana sehinggalah terkumpulnya 6,666 ayat dalam  kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
"Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah Al-‘Alaq:1-5)
Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

Wednesday, 15 May 2013

SELAMAT HARI GURU 20l3


HURAIAN TEMA HARI GURU 2013
 GURU MALAYSIA : 1ASPIRASI, 1AGENDA
HURAIAN 1ASPIRASI:
Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan,kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

1ASPIRASI juga diterjemahkan kepada cita-cita murni PPPM 2013-2025 iaitu ke arah sistem pendidikan negara yang memastikan akses kepada kejayaan, kualiti standard antarabangsa yang tinggi, ekuiti untuk semua murid, memupukperpaduan dalam kalangan murid dan pelaksanaan berkecekapan tinggi.
HURAIAN 1AGENDA:
Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda iaitu memastikan kejayaan PPPM 2013-2025.  Guru perlu berpegang teguh kepada etika profesion keguruan yang mempunyai satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

Sunday, 21 April 2013

PELANCARAN PROGRAM ANTI DADAH

22 APRIL 2013 telah diadakan "Pelancaran Program Anti Dadah 2013 Peringkat Sekolah". Pelbagai aktiviti bakal diadakan sepanjang tempoh pelancaran. Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti tayangan video, progran 5 minit anti dadah, senamrobik, pertandingan melukis poster dan mewarna, konvoi berbasikal, program sifar dadah ceramah pencegahan dadah dan lain-lain lagi. Majlis/ pelancaran telah dirasmikan oleh PK Pentadbiran En. Jamaluddin B. Yusof  yang mewakili  guru besar. Manakala bacaan Perutusan Hari Anti Dadah Kebangsaan 2013 telah disempurnakan oleh PK Hem En Mohamad Kamal Hj Sabri. Majlis diakhiri denmgan nyanyian lagu "Dadah Durjana"

Sunday, 7 April 2013

PENCAPAIAN SEMASA TAHUN 2013 MURID SK PARIT HAJI TAIB


1.    JOHAN
       BERCERITA PEREMPUAN MTQ ZON BAGAN SERAI

2.  JOHAN   
     KEJOHANAN BADMINTON KELOMPOK 3 (PEREMPUAN)

3.  N.JOHAN
     KEJOHANAN BADMINTON KELOMPOK 3 (PEREMPUAN)

4.  TEMPAT KE-3
     KEJOHANAN BADMINTON KELOMPOK 3 (LELAKI)

5.  KELAYAKAN   
     PERTANDINGAN TULISAN KHAT ZON BAGAN SERAI (PEREMPUAN)

6.  N.JOHAN  
     KEJOHANAN MSSD DAERAH KERIAN ACARA LONTAR PELURU LELAKI (BAWAH 10 TAHUN)

7.  N.JOHAN  
     KEJOHANAN SEPAK TAKRAW KELOMPOK 3 SEKOLAH RENDAH BAGAN SERAI

8.  JOHAN 
     KEJOHANAN BOLA TAMPAR SEKOLAH RENDAH DAERAH KERIAN (PEREMPUAN)

9.  PENYERTAAN 
     PERTANDINGAN BERCERITA KISAH AL-QURAN (MTQ) PERINGKAT DAERAH KERIAN

10. PENYERTAAN 
     PERTANDINGAN TULISAN KHAT (MTQ) PERINGKAT DAERAH KERIAN


Wednesday, 13 March 2013

UCAPAN TAKZIAH /تعزيه



Bacaan al-Fatihah... 


kepada  ayanda En.Kharuddin B. Ibrahim yang telah kembali ke rahmatullah pada malam 13 Mac 2013.  Allah Ta'ala berfirman l"Maka apabila telah tiba waktu ajal mereka, tidaklah mereka itu dapat mengundurkannya barang sesaat dan tidak kuasa pula mendahuluinya." (an-Nahl: 61) Warga SKPHT mengucapkan takziah kepada Cikgu Khairuddin sekeluarga, semoga tabah menghadapi ujian. Didoakan arwah bapa beliau dicucuri rahmat dan ditemptkan di kalangan orang-orang yang beriman insyaallah.

Sunday, 17 February 2013

YOU TUBE SKPHT


Kini koleksi video aktiviti dan program di SK Parit Haji Taib boleh ditonton di youtube melalui link berikut VIDEO SKPHT. Koleksi yang ada adalah sebahagian sahaja yang sempat dimuat naik. Mohon maaf sekiranya video tube yang ditonton kurang kualitinya. Ini kerana kebanyakkan video telah "diconvert" pada saiz yg kecil bagi memudahkan proses muat naik, namun tidak semua diconvert (mp4) masih ada video yang diupload pada saiz asal.

Tuesday, 12 February 2013

AL-QURAN PELANGI


AL-QURAN PELANGI 
Antara Keistimewaannya :-
1. Al-Quran Lengkap 30 Juzuk beserta terjemahan
2. Menggunakan Rasm Uthmani (Mudah Dibaca)
3. Kertas QPP, 656 Halaman (Full colour)
4. Kertas yang berwarna warni seperti pelangi tetapi tidak menyulitkan proses membacanya.
5. Menggunakan Tajwid sistem warna.
6. Hadith-hadith tentang meningkatkan kualiti diri/kepahlawanan.
7. Membahaskan 10 ciri pahlawan sejati/peribadi unggul.
8. Membahaskan kisah 10 contoh pribadi unggul dalam sejarah.
9. Membahaskan 10 naluri peradaban dalam al-Quran dan Sunnah.
10. Design Cover yang indah dan bahan baldu yang berkualiti.

Warna Yang Ada ---> Coklat, Purple, Kuning, Hijau, Maroon, Biru gelap, dan Pink.
Ukuran : 10.5 cm x 15.5 cm