SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Wednesday 26 October 2016

REZEKI


Karya : Dr. Huda Bt Dato' Haron

Bukan rezeki yang sempit, mungkin sedekah kita yg masih semput.

Bukan rezeki yang sedikit, mungkin kita yang kuat mengungkit.

Bukan rezeki yg kelat, mungkin maksiat kita makin melarat.

Bukan  rezeki terputus putus, mungkin kita gemar berkeluh kesah dan meratuih

Bukan nikmat yang kurang, mungkin terima kasih dan syukur kita yang tersangat jarang.

Bukan hidup tidak tenang, mungkin solat kita  culas, cacat dan terbelakang.

Bukan rezeki yang tidak cukup, mungkin Quran kita jarang buka apalagi baca, kelas ngaji, talaqqi pun tak pegi,nak hafaz pun jauh sekali, jauh panggang dari api.

Bukan rezeki yang payah, mungkin kita kedekut berdoa , nak zikir pun asik lupa,makin sombong makin angkuh mendabik dada.

Bukan rezeki yang menyimpang *sesat*

Kerana,
Sesungguhnya..
REZEKI... TIDAK pernah salah alamat.

Thursday 11 August 2016

AMALAN SUNAT HARI JUMAAT

CHECKLIST AMALAN-AMALAN SUNAT HARI JUMAAT:

✔ Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw
✔ Membaca Surah Al-Kahfi
✔ Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan memunaikan solat jumaat
✔ Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat.
✔ Memperbanyakkan membaca Al-Quran
✔ Memperbanyakkan amalan bersedeqah
✔ Memperbanyakkan amalan sunat
✔ Memotong kuku kaki dan tangan
✔ Memperbanyakkan zikrullah
✔ Memakai pakaian sunnah
✔ Memakai wangi-wangian
✔ Hadir awal ke masjid Rasulullah bersabda yang maksudnya :

“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Wednesday 10 August 2016

TAHNIAH 2 ORANG MURID SK PARIT HAJI TAIB TERPILIH MEWAKILI PASUKAN SOFBOL NEGERI PERAK 2016


Seluruh warga SK Parit Haji Taib mengucapkan syabas dan tahniah kepada adik Fazliana Bt. Baharijan dan Nur Ain Aqilah Bt. Abu Samah kerana terpilih mewakili pasukan Sofbol Negeri Perak bagi sesi 2016. Tahniah juga kepada guru yang membimbing dan sebagai jurulatih iaitu Ustaz Mohd Farid, Cikgu Helmey Bin Awang, Cikgu Farizal B. Abidin serta Cikgu Khairul Kamal B. Abd Rahman. Ini adalah kejayaan dan pencapaian yang besar murid sekolah ini. Meskipun berada di sekolah kampung atau luar bandar mereka dapat bersaing dengan sekolah bandar. Sebenarnya kejayaan ini bukan kali pertama tapi sudah tiga tahun berturut-turut. Tahun 2015 6 orang murid sekolah ini mewakili pasukan Sofbol Negeri Perak, dan pada tahun 2014 2 murid sekolah ini mewakili Negeri Perak sama seperti tahun ini. "Semoga mereka mendapat kejayaan"

Sunday 28 February 2016

KEM BESTARI SOLAT SIRI 1 SESI 2016


          Alhamdulillah, hamba bersyukur ke hadrat Allah SWT, dengan izinNya, Panitia Pendidikan Islam SKPHT telah berjaya mengadakan Kem Bestari Solat bagi murid Tahun 1 dan 2 SK Parit Haji Taib pada 27 Februari 2016 yang lepas. Kem ini adalah KBS Siri 1 bagi Sesi Persekolahan 2016. Suka untuk hamba kongsikan  laporan perjalanan dan gambar sepanjang aktiviti dijalankan untuk para pembaca dan pengikut setia Portal SK Parit Haji Taib.  

 Bersambung.....

Monday 1 February 2016

LAGU SEKOLAH

https://youtu.be/MzD8r_RV3Bg

TAHNIAH SKPHT !!



Tahniah kepada pemain-pemain Takraw sekolah kerana telah berjaya mendapat tempt ke-3 dalam Kejohanan Sepak Takraw Kelompok 3. Tahniah juga kepada salah seorang dari murid SKPHT yang telah mendapat tempat ke-14 dalam acara merentas desa peringkat daerah. Tahniah juga kepada semua jurulatih, pengurus dan guru-guru yang telibat. KejohananSepak Takraw telah diadakan pada Jumaat dan Merentas Desa pul pada hari Sabtu yang lepas.

 Irfan Pemain Takraw

 Pemain Takraw sekolah

 Firdaus Pemain Takraw

 Farhan Pemain Takraw

 Bersama Peserta Merentas Desa

 Bersama Peserta Merentas Desa