SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)

Wednesday, 12 February 2025

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA SESI PERSEKOLAHAN 2025 SKPHT




 Mesyuarat Guru (Pengurusan, Kurikulum, HEM dan Kokurikulum) telah diadakan buat kali pertama bagi sesi 2025.

Mesyuarat kali ini telah dihadiri 16 orang guru.

Mesyuarat membincangkan berkaitan perancangan setiap unit pengurusan yang ada bagi sepanjang sesi 2025.

SELAMAT BERKHIDMAT DI SEKOLAH BAHARU


 Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Nordin di atas khidmat bakti dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang 30 tahun menabur bakti di sekolah ini.


Pihak sekolah mendoakan kejayaan buat Tuan Haji Nordin di tempat baharu. Mudah-mudahan ukhwah yang terjalin selama ini kekal buat selamanya walau di mana berada.


Selamat maju jaya.

Monday, 12 February 2024

REKOD TASMIK MURID DI RUMAH SEPANJANG CUTI SEKOLAH

Saturday, 24 September 2022

SEKOLAHKU SEJAHTERA SK PARIT HAJI TAIB 2022


Berikut adalah barisan pihak pentadbir  yang baharu bagi sesi persekolahan 2022- 2023 SK Parit Haji Taib. Guru Besar, Ustaz Mohd Yusof Bin Shoib, Penolong Kanan Pentadbiran Encik Mohd Nor Jismi Bin Ahmad Zakaria, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Puan Fatimah Binti Masdar dan Penolong Kanan Kokurikulum pula ialah Puan Rosliza Binti Abd Rahim. Semoga SK Parit Haji Taib lebih cemerlang  dan gemilang di bawah pentadbiran baharu yang mantap dan berkaliber ini, insyaAllah.

PERTANDINGAN EDU FARMING PERINGKAT SEKOLAH RENDAH 2022


 Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, pada tahun ini SK Parit Haji Taib dapat turut serta  menyertai pertandingan EDU Farming 2022 Peringkat Negeri Perak. "Faiza  'azamta fatawakall 'alallah, Innallaha yuhibbul 'ala mutawakkilin" . Empat buah sekolah dari daerah Kerian telah menyertai pertandingan Edu Farming pada tahun ini. Dua buah masing-masing mewakili kategori sekolah rendah dan kategori sekolah menengah. SK Changkat Lobak dan SK Parit Haji Taib telah mewakili kategori sekolah rendah, manakala SMK Gunong Semanggol dan SMK Seri Kurau pula  mewakili  ketegori sekolah menengah. 

Sunday, 29 May 2022

MESYUARAT AGUNG PIBG SK PARIT HAJI TAIB KALI KE-43

 



28 MEI 2022 bertempat di SK Parit Haji Taib telah diadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-43. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Pn. Suzana Binti Haji Zaini (Penolong PPD Pemulihan Khas Pejabat Pendidikan Daerah Kerian) merangkap pegawai angkat SK Parit Haji Taib. Turut diadakan pada mesyuarat kali ini lantikan baharu ahli jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023. Mesyuarat dimulai dengan bacaan doa oleh adik Muhammad Yusof Danial bin Abd Halim dan turut diserikan dengan persembahan nyayian oleh murid Tahun 5. Mesyuarat berakhir pada jam 12.00 tengah hari.

Tuesday, 19 October 2021

LADAP : PENERAPAN APLIKASI GOOGLE CLASSROOM DALAM PEMBELAJARAN


 LADAP : Penerapan Aplikasi Google Classroom Dalam Pembelajaran. 

Tarikh : 20/10/21

Hari : Rabu

Masa : 3.00 ptg 

Tempat : Kediaman masing - masing.