Penggunaan komputer riba atau laptop sudah menjadi trend pada masa kini,majaroti rakyat di negara ini mempunyai laptop atau komputer riba sendiri.Oleh itu penjagaan laptop amat penting untuk memanjangkan jangka hayat laptop tersebut agar tahan selama mana yang mungkin.Di bawah ni terdapat beberapa tips penjagaan laptop untuk di jadikan panduan.
BATERI
Elakkan daripada penggunaan bateri.
Komputer lebih sejuk tanpa haba dari bateri.
Jika bateri sudah habis dicas, digalakkan menggunakan kuasa dari adapter. Pastikan bateri berada di bawah 10 peratus sebelum dicas semula. Jika terlalu kerap dicas, bateri akan kehilangan keupayaan menyimpan tenaga di bawah 50 peratus.
PAPAN KEKUNCI
Letakkan sekeping kertas A4 untuk papan kekunci setiap kali tidak menggunakannya untuk menghindarkan papan kekunci dimasuki habuk. Sesekali lapkan papan kekunci dengan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar untuk mengelakkan butang kekunci rosak. Kalau boleh gunakan papan kekunci dan tetikus berasingan supaya kita tidak terlalu kerap menggunakan papan kekunci di komputer riba.
SKRIN LCD
Lapkan ia selalu kerana mudah dimasuki habuk.
Gunakan screen saver. Power management setkan pada ¡®Turn Off monitor in ¡* minutes¡¯. Elakkan menyentuh skrin dengan jari kerana kesan jari yang berminyak menyukarkan untuk pembersihan.
HABA PANAS
Pastikan komputer riba anda ada ruang untuk mengeluarkan haba panas. Perlu diingat komputer riba mempunyai ruang simpanan yang kecil.
SURGE PROTECTOR
Fungsinya sebagai menjaga perisian dan perkakasan daripada rosak.
Disyorkan jenama APC, BELKIN atau TARGUS.
Kelebihan APC - mempunyai bateri simpanan, line protection (tiada elektrik tapi masih boleh dihidupkan lagi) dan mempunyai amaran kehabisan bateri.
Kelebihan lain Surge Protector ialah menjaga HDD dan Power Supply.
PORT
Sentiasa dibersihkan kerana mudah dimasuki habuk.
Gunakan berus atau berus gigi lama.
Pastikan suis dimatikan ketika membuat pembersihan
SOALAN KUIZ SEMASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
Wednesday, 3 April 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment